Options
Perkembangan, Peranan Dan Sumbangan Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal
Journal
Journal of Islamic Social Sciences and Humanities (Al-'Abqari)
Date Issued
2023
Author(s)
Muhammad Adam Abd. Azid
Khairulnazrin Nasir
Rahim Kamarul Zaman
Abdul Azib Hussain
DOI
10.33102/abqari.vol29no1.427
Abstract
Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam juga merupakan antara Pertubuhan Bukan Kerajaan yang turut memainkan peranan penting dalam arena aktivismedi Malaysia. Pertubuhan ini terlibat secara aktif dalam aktiviti kebajikan dan mempengaruhi polisi kerajaan terutama melibatkan hal ehwal wanita. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberadaan dan penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam di Malaysia terutama melibatkan isu-isu kewanitaan. Kertas kerja ini juga meneliti peranan dan sumbangan pertubuhan ini terhadap kaum wanita serta aspek-aspek yang perlu ditambah baik bagi memperkasakan peranan dan menjamin survival Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam di Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan. Sejumlah 13 Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel bagi kajian ini. Analisis mendapati, terdapat enamisu utama berkaitan wanita yang difokuskan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam iaitu isu pemerkasaan wanita, hak-hak wanita, kebajikan wanita, kepimpinan wanita, keagamaan wanita dan pendidikan wanita. Hasil kajian inipenting sebagai perhatian dan panduan olehPertubuhan Bukan Kerajaan WanitaIslam lebih-lebih lagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi memperkasakan lagi peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islamserta memastikan kesinambungan gerakan wanita Islam yang memartabatkan syariat Islam di Malaysia
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Perkembangan, Peranan Dan Sumbangan Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita Islam Di Malaysia Satu Tinjauan Awal.pdf
Size
417.71 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):4460aa9f1c9b39422d9ee548b0bbde83