Publication:
Peranan Zakat Dalam Mengatasi Masalah Murtad Di Kalangan Muallaf Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal

Loading...
Thumbnail Image

Date

2013

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Jenayah murtad merupakan salah satu dari kesalahan hudud yang boleh membawa ancaman besar kepada akidah umat Islam. Kerana bahayanya jenayah ini, Islam telah mengenakan hukuman yang amat berat iaitu berupa hukuman bunuh ke atas orang yang keluar dari Islam sekiranya enggan bertaubat setelah diminta untuk berbuat demikian. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan jenayah murtad diletakkan di bawah bidang kuasa negeri-negeri di bawah pentadbiran mahkamah Syariah. Berdasarkan statistik terbaru yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat baru-baru ini, permohonan menukar status agama oleh orang Islam dari tahun 2000 hingga 2010 adalah 863 kes dan sebanyak 135 kes diluluskan oleh mahkamah Syariah. Menurut Mufti Selangor, SS. Datuk Tamyes Abdul Wahid, kebanyakan permohonan untuk keluar Islam dibuat oleh golongan muallaf yang baru memeluk Islam. Berdasarkan kepada beberapa kajian lepas tentang isu murtad, antara faktor yang menyumbang kepada permohonan oleh muallaf untuk keluar Islam ialah kerana kekangan hidup dan kesempitan wang. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti secara lebih mendalam tentang peranan zakat dan keberkesanan agihannya kepada Muallaf di Malaysia. Kertas kerja ini juga akan melihat peranan zakat dalam mengatasi masalah murtad di kalangan Muallaf. Diharapkan kajian dapat memberi gambaran kepada masyarakat tentang kedudukan dan peranan zakat dalam menyelesaikan isu murtad di Malaysia. Perkataan Teras:Peranan Zakat, Murtad, Mualaf

Description

Jurnal Pengurusan JAWHAR Vol. 7, No. 2, 2013

Keywords

Peranan Zakat,, Murtad,, Mualaf

Citation