Options
Mempertingkatkan Penguasaan Tatabahasa Arab untuk Pemula: Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Padlet
Date Issued
2024
Author(s)
Ainul Rasyiqah binti Sazali
Nurul ‘Atikah binti Rahman
Asma’ binti Ammar
Sabihah binti Abdul Kadir
Abstract
Pada zaman era perkembangan teknologi terkini, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab perlu dikemaskini dan ditambahbaik agar pelajar tidak berasa mudah bosan dan ketinggalan. Perisian Padlet merupakan salah satu medium bagi membantu pelajar meningkatkan minat mereka dalam proses pembelajaran Bahasa Arab. Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan penguasaan tatabahasa Arab di kalangan pelajar melalui penggunaan perisisan Padlet. Bagi tujuan ini, pengkaji memberikan tugasan khusus yang berkaitan dengan tatabahasa Arab menggunakan perisian padlet. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan semasa dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden yang merupakan pelajar yang mempelajari subjek Bahasa Arab sebagai mata pelajaran elektif universiti pada semester 2 sesi 2023/2024 di tiga buah universiti yang berbeza; Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar bersetuju bahawa bahan pembelajaran di Padlet senang difahami, lengkap dan mudah diakses. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat murid terhadap perisian Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab adalah tinggi. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi Padlet dapat meningkatkan pencapaian pelajar serta dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab secara tidak langsung. Kajian ini juga dapat memberi impak positif terhadap pendekatan pengajaran bahasa secara keseluruhan, dengan menawarkan satu model pembelajaran yang berkesan untuk mengatasi masalah penguasaan tatabahasa Arab di kalangan pelajar peringkat permulaan.
File(s)
Loading...
Name
Mempertingkatkan Penguasaan Tatabahasa Arab untuk Pemula Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Padlet.pdf
Size
744.5 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6bcc3a60066f2889a84fea24781d819e