Publication: Penggunaan Teknologi Multimedia (PTM) Dalam Kursus Qiraat: Kajian Terhadap Pelajar Program Qiraat Di Darul Quran, JAKIM
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Seiring dengan perkembangan semasa teknologi abad ke-21 ini, penggunaan teknologi multimedia (PTM) dalam sektor pendidikan berpotensi untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing. Kepelbagaiaan PTM dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan jenerasi al-Quran yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Kewujudan virus Covid-19 seakan-akan mengasak masyarakat dunia termasuk Malaysia ke arah penggunaan teknologi digital secara lebih menyeluruh yang secara tidak langsung menyebabkan satu lonjakan digital di Malaysia. Kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus qiraat secara bersemuka ditukarkan secara atas talian atau maya. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan PTM dalam kursus qiraat, kajian terhadap pelajar program qiraat di Darul Quran, JAKIM(DQ). Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kesmelalui temu bual kumpulan fokus(FGD) digunakan kerana ia menepati objektif kajian. Hasil kajian kebanyakkan pelajar mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan PTM dalam kursus qiraat. Terdapat 14 daripada 20 orang pelajar iaitu mewakili 70% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Adapun baki pelajar pula iaitu 6 daripada 20 orang mewakili 30% mengatakan mereka kurang pendedahan untuk menggunakan PTM. Kebanyakkan pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi berkaitan PTM dalam kursus qiraat. Terdapat 14 daripada 20 orang pelajar iaitu mewakili 70% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Adapun baki pelajar pula iaitu 6 daripada 20 orang mewakili 30% mengatakan mereka kurang mahir untuk menguasai PTM. Di antara cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh pelajar menggunakan PTM ialah kekangan capaian internet dan kekurangan prasarana. Pernyataan ini disokong dengan dapatan FGD bersama pelajar iaitu terdapat 19 daripada 20 orang pelajar iaitu mewakili 95% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Adapun baki pelajar pula iaitu 1 orang mewakili 5% mengatakan tiada kekangan dalam menggunakan PTM. Kajian ini memberi implikasi penting kepada Darul Quran, Universiti awan dan swasta serta Intitusi pengajian Tahfiz di Malaysia secara umumnya ke arah pembentukan generasi al-Quran yang lebih mantap dan berkualiti dalam menguasai hafazan al-Quran
Description
Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs (JQSS) Volume 7 Issue 2 Page (39-51)
Keywords
Darul Quran, JAKIM,Penggunaan Teknologi Multimedia (PTM), Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Qiraat
Citation
Hussin, H., Saleh, M. H., Ahmad, A. R., Abd Ghani, A. R. ., & Zainol, N. Z. N. . (2023). Penggunaan Teknologi Multimedia (PTM) Dalam Kursus Qiraat: Kajian Terhadap Pelajar Program Qiraat Di Darul Quran, JAKIM: The usage of Multimedia technology in teaching Qiraat Course: A study on Qiraat programme Students’ in Darul Quran. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 7(2), 39-51. https://doi.org/10.33102/jqss.vol7no2.202