Options
Aplikasi Teorem Nilai Mutlak dalam Mempertingkatkan Huraian Pemberian Sedekah
Date Issued
2022
Author(s)
Nazrul Azlan bin Abdul Samat
Zul-kifli bin Hussin
Abstract
Kertas kerja ini memfokuskan untuk melanjutkan huraian berkaitan manfaat-manfaat memberi sedekah seperti yang disebutkan dalam banyak ayat Al-Quran dan Hadis, dengan menggunakan Teorem Nilai Mutlak dan persamaan pendapatan boleh guna, 𝑌𝑑. 𝑌𝑑 telah diubah suai dan dinyatakan sebagai 𝑌𝑑=𝑌−𝑇(𝑥), di mana 𝑌 telah dilambangkan sebagai pendapatan peribadi bulanan (malar) dan 𝑇 telah mewakili nilai pemberian sedekah yang bergantung kepada peratusan pendapatan boleh guna yang telah digunakan untuk tujuan sedekah, 𝑥. Nilai 𝑇(𝑥) berubah-ubah bergantung kepada nilai 𝑥. Persamaan 𝑌𝑑 telah dirumuskan dalam bentuk modulus seperti |𝑌𝑑|. Dengan merujuk Sahih Muslim No. 2588 dan sifat-sifat nilai mutlak, nilai |𝑌𝑑| adalah lebih besar atau sama dengan sifar apabila nilai 𝑥 telah meningkat kepada infiniti, dengan nilai |𝑌𝑑| telah dinilaikan dalam nilai positif. Daripada keputusan, kita boleh simpulkan bahawa sumbangan sedekah daripada pendapatan boleh guna tidak akan mengurangkannya kepada nilai negatif (kerugian) dan secara amnya akan mewujudkan kekayaan yang berkat di dunia dan akhirat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Aplikasi Teorem Nilai Mutlak dalam Mempertingkatkan Huraian Pemberian Sedekah.pdf
Size
428.21 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):14abcd56f324021f56a5f64f2b4abdda