Publication:
Terapi Bermain Menurut Pendekatan Islam

Loading...
Thumbnail Image

Date

2021

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Pejabat Karang Mengarang (UPSI Press)

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Agama Islam adalah agama yang syumul yang sesuai bagi setiap lapisan masyarakat bagi sepanjang zaman. Agama Islam juga menitik beratkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak. Dalam aspek pembangunan manusia pula, terdapat panduan-panduan yang telah ditetapkan bertepatan dengan tahap perkembangan masing-masing. Begitu juga bagi kanak-kanak, agama Islam memberi penekanan yang jitu terhadap tahap perkembangan kanak-kanak dengan meraikan fitrah semula jadi mereka yang suka bermain. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pandangan perspektif Islam terhadap pendekatan terapi bermain yang umumnya dipelopori oleh barat. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi kajian perpustakaan untuk mencari maklumat primer yang berkaitan dengan pendekatan terapi bermain menurut pandangan Islam. Maklumat-maklumat yang diperoleh adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, hadis dan Al-Quran serta artikel. Maklumat ini dikumpulkan dan disaring serta dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Analisis yang telah dijalankan menjelaskan pendekatan terapi bermain yang diperkenalkan oleh barat sebenarnya telah menjadi amalan gaya asuhan yang diajarkan oleh agama Islam dan juga telah dipraktiskan oleh Rasulullah SAW. Antara pendekatan terapi bermain yang diketengahkan dalam kajian ini adalah pendekatan menggunakan modaliti pergerakan, modaliti muzik dan modaliti boneka. Justeru, dengan aplikasi pendekatan terapi bermain dan diintegrasikan dengan elemen agama dapat membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik merangkumi sosial, emosi, fizikal dan juga spiritual.

Description

Vol.10 (2), 2021 (page: 61-70)

Keywords

terapi bermain, pendekatan Islam, kaunseling, kanak-kanak

Citation

Razak, N. H., Mohd Yusof, S. N., & Mohd Sukor, N. (2021). Terapi bermain menurut pendekatan Islam: Play therapy in Islamic approaches. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 61–70. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.6.2021