Publication:
Ilmu Morfologi Arab Berdasarkan Korpus Bahasa: Wawasan Terkini Dalam Pengajaran Soraf Dan Pembinaan Kamus Leksikal Dwibahasa (Arab-Melayu)

dc.contributor.authorZulkipli Bin Md. Isa,en_US
dc.contributor.authorWan Moharani Mohammad,en_US
dc.contributor.authorNurhasma Muhamad Saad,en_US
dc.contributor.authorHj. Sulaiman Bin Ismail,en_US
dc.contributor.authorYuslina Bt Mohamed,en_US
dc.contributor.authorMuhammad Marwan Ismailen_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:19:55Z
dc.date.available2024-05-31T02:19:55Z
dc.date.issued2021-09-09
dc.descriptionPapers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.en_US
dc.description.abstractKajian bahasa perlu terus berkembang seiring dengan wawasan masa kini sama ada dari aspek pengajaran mahupun penyusunan kamus-kamus leksikal dwibahasa. Walaupun ilmu morfologi dan penyusunan kamus-kamus ekabahasa bahasa Arab telah dibina sejak beratus-ratus tahun dahulu, namun kepesatan ilmu-ilmu dan teori-teori linguistik masa kini membolehkan para pengkaji melihat pelbagai sudut-sudut bahasa untuk dikaji dan diolah semula bagi tujuan pengajaran bahasa supaya lebih edukatif dan dinamik sesuai dengan keperluan para pelajar. Ini tidak sekali-kali mengubah nilai preskriptif yang ada pada bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran, sebaliknya ianya adalah pendekatan yang lebih dinamik sebagai usaha mempergiatkan perkembangan pengajaran ilmu-ilmu bahasa Arab kepada para pelajar. Justeru, pendekatan dengan wawasan dan orientasi terkini ini adalah berdasarkan kewujudan puluhan ribu perkataan-perkataan arab dalam korpus-korpus bahasa yang terdiri daripada kamus-kamus ekabahasa karangan para ulamak silam mahupun kontemporari. Perkataan-perkataan ini disusun dan dikumpulkan secara lambak tanpa pengasingan dari aspek kata kerja dan kata nama, bersama-sama dengan kata terbitan dari kedua-duanya yang dibentuk dari pelbagai kaedah pengimbuhan samada awalan, sisipan, dan akhiran dengan menambah fonem-fonem tambahan padanya selari dengan kaedah ilmu morfologi Arab. Kajian ini, akan mencadangkan sebuah orientasi dan wawasan terkini dalam penyusunan entri dalam kamus dwibahasa dengan melihat jenis-jenis anomalinya dalam aspek i’lal, ibdal, idqham, jama’, dan lain-lain, sebagai teknik pengajaran terkini yang berasaskan korpus yang dikelaskan melalui analisis linguistik secara terus serta diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai sebuah kamus. Kajian ini berasaskan analisis deskriptif terhadap teks korpus. Kajian ini diharap mampu merintis usaha membina sebuah kamus leksikal dwibahasa (Arab-Melayu) bagi tujuan pengajaran masa kini selari dengan wawasan pandang ke depan ke arah peremajaan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Kata kunci: Morfologi, korpus, kamus, pengajaran.en_US
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18529
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.subjectMorfologi,en_US
dc.subjectkorpus,en_US
dc.subjectkamus,en_US
dc.subjectpengajaran.en_US
dc.titleIlmu Morfologi Arab Berdasarkan Korpus Bahasa: Wawasan Terkini Dalam Pengajaran Soraf Dan Pembinaan Kamus Leksikal Dwibahasa (Arab-Melayu)en_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
12BMSA~1.PDF
Size:
597.44 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Ilmu Morfologi Arab Berdasarkan Korpus Bahasa: Wawasan Terkini Dalam Pengajaran Soraf Dan Pembinaan Kamus Leksikal Dwibahasa (Arab-Melayu)
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections