Publication:
Mengukur tahap kesedaran penyediaan pelan persaraan untuk kakitangan awam: kajian kes kakitangan Pengurusan Dan Profesional (P & P) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Persaraan merupakan situasi yang akan dilalui oleh semua individu yang bekerja secara formal. Tempoh persaraan menyaksikan individu tersebut melalui fasa-fasa baharu dalam rangka kehidupannya termasuklah dari sudut pendapatan, aktiviti kerjaya dan perhubungan sosial. Bagi individu yang tidak mempunyai persediaan, persaraan memberi implikasi yang besar bukan sahaja terhadap dirinya, malah kepada keluarga dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi melihat kesedaran dan persediaan dalam kalangan Kakitangan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam menghadapi tempoh persaraan. Set soalan kaji selidik yang meliputi aspek pemahaman, kesedaran dan persediaan persaraan telah diedarkan kepada 120 orang responden dan telah dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif. Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada pihak-pihak yang berkaitan dalam merangka dan menyediakan program-program yang menjurus kepada persiapan bagi menghadapi persaraan.

Description

Keywords

Retirement--Planning

Citation