Publication:
Panduan Ayat-Ayat Khawas Dalam Al-Quran Al-Karim: Analisa Buku Khawas Al-Quran (Teori Dan Praktikal) Oleh Dr. Turki Al-Huwaimil

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Setiap Muslim yang sebenar wajib mengimani dengan yakin Al-Quran sebagai wahyu Allah taala yang menjadi pedoman kehidupan menuju akhirat yang kekal abadi. Isi kandungan Al-Quran bukan hanya rujukan berbentuk syariah Allah dalam hal keimanan, ibadah dan muamalah sahaja. Ia adalah kitab yang bersifat mu’jiz dengan khasiat yang pelbagai dan salah satunya adalah mempunyai khawas pada surah dan ayat-ayatnya. Khawas sebagai salah satu tajuk kecil dalam Ulum Al-Quran ini walau bagaimanapun tidak dapat lari dari salah faham. Dr. Turki Bin Sa’ad Bin Fuhaid Al-Huwaimil telah menulis buku Khawas Al-Quran bagi tujuan menjernihkan pemahaman tentang ilmu khawas Al-Quran kerana terdapat kecelaruan yang berlaku dalam masyarakat muslim hari ini dalam beramal dengan ayat-ayat suci Al-Quran terutamanya bagi tujuan mencapai maksud tertentu seperti penyembuhan daripada penyakit. Buku karangan Al-Huwaimil ini menitikberatkan panduan Al-Quran dan Sunnah dalam menentukan surah, beberapa ayat atau ayat tertentu yang ada khawasnya. Analisa ini menggunakan rujukan beberapa metodologi analisa buku ilmiah dari panduan penulisan akademik. Dari analisa ini penulis berharap dapat berkongsi contoh metod penulisan buku yang mampu mendorong kepada kajian terhadap buku-buku dalam genre yang sama tetapi masih memerlukan kritik yang membina supaya ia tidak meyimpang daripada tujuan sebenar penurunan kitab suci Al-Quran Al-Karim. Ia akan memberi manfaat sebagai suatu panduan dalam beramal dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Description

PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords

khawas Al-Quran, khasiat dan fadhilat ayat Al-quran

Citation

Collections