Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Jurnal Sains Insani
  4. Integrasi Ilmu Usul Fiqh, Usuluddin Dan Mantik Dalam Karya Akidah Jawi Untuk Memahami Nas-nas Mutasyabihat: Tinjauan Terhadap Kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah Oleh Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Wangah
 
  • Details
Options

Integrasi Ilmu Usul Fiqh, Usuluddin Dan Mantik Dalam Karya Akidah Jawi Untuk Memahami Nas-nas Mutasyabihat: Tinjauan Terhadap Kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah Oleh Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Wangah

Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2019
Author(s)
Syed Salim bin Syed Shamsuddin
Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali
Abstract
Artikel ini meninjau perkaitan di antara tiga cabang utama ilmu Islam iaitu usul fiqh, usuluddin dan mantik dalam membahaskan nas-nas mutasyabihat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis. Ilmu usul fiqh, usuluddin dan mantik mempunyai hubung kait yang jelas. Perbahasan tentang dalalat, qiyas dan istinbat hukum contohnya menjadi salah satu topik utama dalam ketiga-tiga ilmu ini yang terdapat dalam karangan-karangan para ulama silam. Ulama-ulama Melayu di Nusantara turut menggunakan pendekatan penulisan melibatkan unsur-unsur yang ada dalam ketiga-tiga ilmu tersebut dalam menulis karya-karya akidah terutama ketika menghuraikan nas-nas mutasyabihat. Salah satu karya yang terkenal ialah karya Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah yang bertajuk Risalah Manhaj Ahli Sunnah. Artikel ini melihat bagaimana penulisan karya-karya Jawi ulama Melayu dalam bidang akidah menggabungkan elemen-elemen yang terdapat dalam ilmu usul fiqh, usuluddin dan mantik untuk menghuraikan perbahasan nas-nas mutasyabihat. Tinjauan ringkas diambil dari karya Risalah Manhaj Ahli Sunnah dengan mendatangkan beberapa contoh aplikasi integrasi tiga bidang ilmu tersebut. Penulisan ini bersifat kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan terhadap beberapa karangan para ulama silam dan semasa yang berkaitan serta kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah secara khusus. Penulis mendapati bahawa nas-nas al- Quran dan hadis mesti difahami mengikut konteks, kaedah dan selok-belok disiplin bahasa Arab. Teks-teks mutasyabihat tidak selalu dapat difahami menurut makna literalnya, oleh itu perlu dilihat mengikut pendekatan dan manhaj yang diambil oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah. Dalam mengarang karya akidah, para ulama telah mengaplikasi dan mengadaptasi perbahasan- perbahasan yang terdapat dalam ilmu mantik dan usul fiqh melalui pendekatan kontekstual terhadap pemahaman teks-teks al-Quran dan hadis. Risalah Manhaj Ahli Sunnah tidak terlepas dari mengambil pendekatan yang sama bagi menjelaskan ayat-ayat mutasyabihat agar selari dengan perjalanan Ahli Sunah Waljamaah dan mengelakkan daripada terjebak ke dalam akidah yang menyamakan Allah SWT dengan makhluk.
Subjects

Integrasi Ilmu

Ahli Sunah Waljamaa...

Turath Islami

Kitab Jawi

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Integrasi Ilmu Usul Fiqh, Usuluddin Dan Mantik Dalam Karya Akidah Jawi Untuk Memahami Nas-nas Mutasyabihat Tinjauan Terhadap Kitab Risal.pdf

Size

465.97 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):1bdc5ca01bc0f6f3ab218bf498c858a4

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia