Publication: Institusi Kemasyarakatan Sebagai Katalis Keintelektualan Menurut Pemikiran Peradaban Malik Bennabi
Loading...
Date
2015-12
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Malik Bennabi merupakan seorang tokoh wacana peradaban dari dunia Islam yang mewarnai dunia keintelektualan pada abad ke-20. Ketokohan beliau dalam bidang peradaban diakui rakan sesarjana semasa dan selepas hayatnya sama ada dari dunia Timur mahupun Barat berdasarkan kerelevenan ideanya tentang teori kitaran peradaban. Pemikiran peradabannya menekankan elemen manusia dan kemanusiaan yang secara tidak langsung memfokuskan secara khusus terhadap aspek masyarakat dan kemasyarakatan. Dengan menggunakan kajian kepustakaan sepenuhnya, analisis tekstual hasil garapan Bennabi akan diperhalusi dengan serincinya. Untuk itu, kajian ini diusahakan dalam meneliti secara khusus mengenai peranan institusi masyarakat pada sisi peradaban manusia. Konteks perbincangan yang ditekankan dalam kertas kerja ini ialah teori masyarakat serta nilai pentingnya institusi tersebut kepada pembangunan peradaban dari perspektif Bennabi. Pemfokusan tersebut menjurus kepada kepentingan masyarakat sebagai sebuah institusi yang menjadi nadi penggerak serta berfungsi sebagai katalis keintelektualan. Ini kerana manusia sebagai insan berperadaban berperanan penting sama ada dalam usaha membangunkan peradabannya, atau pun sebaliknya. Ia berkait rapat dengan nilai intelek yang terbentuk dalam diri, secara realistiknya dipengaruhi oleh pendidikan reseptifnya, atau pengaruh individu atau masyarakat di persekitarannya.
Description
Keywords
Institusi Masyarakat, Katalis Keintelektualan, Pembangunan Kemanusiaan, Pemikiran Peradaban, Malik Bennabi