Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Seminars
  4. Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS)
  5. 2021 SAIS
  6. Mekanisma Pembersihan Air Mutanajjis Menurut Fiqah Dan Aplikasinya Dalam Rawatan Air Kumbahan Oleh Indah Water Konsortium: Ke Arah Mencapai Kelestarian Sumber Air
 
  • Details
Options

Mekanisma Pembersihan Air Mutanajjis Menurut Fiqah Dan Aplikasinya Dalam Rawatan Air Kumbahan Oleh Indah Water Konsortium: Ke Arah Mencapai Kelestarian Sumber Air

Date Issued
2021-09-09
Author(s)
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh,
Yasmin Hanani Mohd Safian 
Universiti Sains Islam Malaysia
Syaza Azhari,
Hussein Azemi Abdullah Thaidi,
Muhammad Abdul Rahman Sevanathan
Abstract
Air mutanajjis merujuk kepada gabungan di antara komponen air mutlaq dan najis yang menyebabkan perubahan pada sifat-sifat asal air iaitu; warna, bau dan rasa. Dalam konteks semasa, air sisa kumbahan yang terdapat di Loji Rawatan Kumbahan [LRK] boleh dikategorikan sebagai mutanajjis disebabkan ia bercampur dengan najis seperti tinja dan air kencing manusia. Permasalahan kajian adalah mengenai status air kumbahan yang telah dirawat dengan teknologi moden sama ada boleh dikategorikan sebagai air mutlaq atau tidak. Kajian ini bertujuan mengenalpasti mekanisma pembersihan air mutanajjis menurut fiqah dan menganalisa secara perbandingan dengan amalan rawatan air kumbahan yang terdapat di LRK milik Indah Water Konsortium [IWK]. Selain itu, menilai efluen terawat dan kesannya terhadap hukum taharah dalam Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dengan teknik kutipan data secara analisis dokumen dan pemerhatian di Loji Rawatan Kumbahan Serantau KL-Titiwangsa 2. Hasil kajian mendapati bahawa teknologi rawatan air kumbahan yang terdapat di LRK IWK telah mengaplikasi kesemua teknik pembersihan air mutanajjis yang disyorkan oleh fuqaha iaitu mukatsarah, nazh dan taghyir. Teknik-teknik tersebut mampu menukar status air daripada mutanajjis kepada mutlaq setelah ia memenuhi semua kriteria air mutlaq yang ditetapkan oleh fuqaha. Efluen terawat ini telah menyokong Matlamat ke-6 dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu air bersih dan sanitasi.
Kata kunci: Air mutanajjis, taharah, air kumbahan, Indah Water Konsortium, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)
Subjects

Air mutanajjis,

taharah,

air kumbahan,

Indah Water Konsortiu...

Matlamat Pembangunan ...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

23BMSA~1.PDF

Size

845.46 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):fa6577c8fc0709d20dc613336d1a957b

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia