Publication: Pondok Sebagai Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Loading...
Date
2021
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Abstract
Masih ada segelintir dalam kalangan masyarakat Islam yang terpengaruh dengan fahaman Kaum Muda, justeru cenderung memperkecilkan sistem pengajian pondok sebagai aliran yang jumud dan mengekalkan sikap taklid. Sedangkan pondok merupakan institusi yang berpegang teguh dengan ajaran teras akidah Islam seperti yang terkandung dalam teks-teks karya turath termasuk kitab jawi. Sehubungan itu, perbincangan dalam makalah ini menonjolkan penjelasan para ulama Alam Melayu mengenai kepercayaan yang terseleweng dalam doktrin Wahabi. Huraian para ulama tersebut adalah kurikulum teras dalam sistem pengajian pondok. Berikutan itu, perbincangan dalam makalah ini akhirnya mendapati pondok merupakan institusi penting sebagai benteng akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pengajarannya, institusi bersejarah ini mesti terus dipertahankan dan diperkasakan demi kejernihan pegangan akidah umat Islam.
Description
JURNAL UMMAH Volume 3 No.3 Page (1-24)
Keywords
Ahli Sunnah Wal Jamaah, teks kitab jawi, pondok, benteng akidah, Wahabi
Citation
Kamarzaman, M. H., Kamaruzaman, M. A. S., & Ellias, M. S. (2021). Pondok Sebagai Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. JURNAL AL-UMMAH 3, 3(3), 1–24. https://www.jais.gov.my/wp-content/uploads/2023/12/2022_Pondok-Sebagai-Benteng-Akidah-ASWJ.pdf