Publication:
Aplikasi Kaedah Darar dalam Pelaksanaan Menghentikan Alat Bantuan PernafasanTerhadap Pesakit COVID-19: Satu Sorotan Literatur

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kewujudan alat bantuan pernafasan di hospital dan klinik adalah sangat penting. Tanpa alat bantuan ini, pesakit yang mengalami masalah pernafasan tidak dapat dibantu atau boleh menyebabkan kematian. Pemberian bantuan pernafasan telah menjadi lebih penting, terutamanya semasa pandemik COVID-19. Sejak tahun lepas, fungsi alat ini sangat penting dalam mengurangkan kadar kematian pesakit. Justeru, perbuatan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit merupakan suatu perbuatan jenayah kerana perbuatan tersebut dapat mematikan pesakit yang memerlukan kepada bantuan pernafasan itu. Namun begitu, ketika pandemik COVID-19 pegawai yang terlibat dalam merawat pesakit COVID-19 ketika itu perlu memilih dalam memberikan keutamaan untuk memberikan bantuan pernafasan terhadap pesakit oleh kerana kekurangan fasiliti. Hal ini secara zahirnya telah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Malaysia yang telah mengharamkan perbuatan mematikan seseorang. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjelaskan konsep kaedah darar dalam pelaksanaan menghentikan bantuan pernafasan dan menganalisis kajian-kajian berkaitan dengan aplikasi kaedah darar dalam pelaksanaan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengguna pakai metod pengumpulan data melalui kajian perpustakaan serta analisis kandungan artikel-artikel yang menerangkan kajian berkaitan kaedah darar dalam pelaksanaan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit COVID-19. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah darar digunakan dalam pelaksanaan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit COVID-19. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa perbuatan menghentikan alat bantuan pernafasan terhadap pesakit COVID-19 juga adalah harus. Hal ini kerana wujudnya darar jika tidak dilaksanakan perkara tersebut terhadap pesakit COVID-19.

Description

Journal of Muwafaqat Vol. 6, No. 2, 2023(page: 35-53)

Keywords

Kaedah Darar, Bantuan Pernafasan, Pesakit COVID-19

Citation

Muhammad Shaberi, Ahmad Misbah Mohamad Hilmi, Muhamad Ismail Abdullah, Ismail Omar, Mohd Rofaizal Ibhraim, Abdul Hakim Baharudin Ismail @, & Lukman Abdul Mutalib. (2023). Aplikasi Kaedah Darar Dalam Pelaksanaan Eutanasia Terhadap Pesakit COVID-19: Satu Sorotan Literatur: Application of the Darar Method within the Implementation of Euthanasia Towards COVID-19 Patients: A Literature Review. Journal of Muwafaqat, 6(2), 35–60. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i2.139