Publication:
Pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku dalam Menangani Sifat Kebergantungan Remaja

Loading...
Thumbnail Image

Date

2022

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Remaja yang sedang berkembang pastinya memerlukan bimbingan dan didikan daripada keluarga untuk meneruskan kehidupan dan mendepani cabaran dari satu peringkat ke peringkat perkembangan yang lain. Apabila remaja ini tidak mendapat bimbingan dan didikan daripada keluarga, mereka mula mencari seseorang yang lain yang dirasakan dapat membantu dan menenangkan diri mereka ketika berhadapan masalah terutamanya apabila berlakunya masalah dalam keluarga. Namun, jika hal ini berterusan, remaja akan menjadi terlalu bergantung kepada rakan tersebut sehingga menimbulkan rasa kecewa jika tindak balas yang diharapkan tidak berlaku. Situasi ini berlaku terhadap klien di dalam kajian ini. Hal ini terjadi apabila pemikiran tidak rasional mula muncul dalam diri klien tersebut. Oleh itu, pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) digunakan untuk membantu klien tersebut untuk berfikir secara rasional dan tidak lagi melukakan emosi sendiri. Pendekatan ini didapati dapat membantu seseorang supaya berfikir secara rasional dan mendapat kegembiraan dalam hidup. Konklusinya, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pendekatan REBT dapat membantu klien dalam menangani isu kebergantungan terhadap rakan sebaya. Dapatan daripada kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak berkaitan seperti kaunselor, pihak sekolah, ibu bapa, dan individu yang terlibat dalam isu yang hampir sama

Description

Keywords

Pemikiran tidak rasional, Kes klien, Sifat kebergantungan, REBT

Citation

Abdul Aziz, A. R. and Musa, N. N. (2022) “Pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku dalam Menangani Sifat Kebergantungan Remaja”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), p. e001313. doi: 10.47405/mjssh.v7i2.1313.