Publication:
Membangun Akhlak Masyarakat Madani Melalui Tafsir al-Quran Analisis Terhadap Tafsir Surah al-Humazah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

dc.contributor.authorNurzatil Ismah binti Azizanen_US
dc.contributor.authorNazneen binti Ismailen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T06:56:06Z
dc.date.available2024-05-30T06:56:06Z
dc.date.issued2023
dc.description.abstractMasyarakat madani merupakan masyarakat yang sopan, beradab dan mempunyai susunan kehidupan yang teratur. Perbincangan berkenaan madani dikaitkan dengan membangun negara Islam dengan memberi penekanan kepada membangun peradaban masyarakat. Sejarah Islam menunjukkan pembangunan negara Madinah (asalnya dikenali sebagai Yathrib) yang dibangunkan oleh Rasulullah SAW berjaya menghasilkan masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi. Antara ciri-ciri masyarakat madani yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah memberi penghargaan tanpa mengira latarbelakang individu, mengamalkan keterbukaan, menegakkan hukum dan keadilan serta toleransi. Berdasarkan ciri-ciri masyarakat madani tersebut, kajian ini dilakukan bagi meneliti aspek membangun masyarakat madani melalui membangun akhlak dalam menegakkan hukum Islam. Ulama sejak zaman dahulu sehingga kini terus berusaha memberi faham kepada masyarakat berkenaan amalan dan penghayatan Islam sama ada melalui kuliah pengajaran atau penulisan buku. Antara tokoh ulama yang terlibat ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyebarkan dakwah melalui kuliah dan juga penulisan buku-buku keagamaan. Kajian ini meneliti karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam membangun akhlak masyarakat madani melalui tafsiran Surah al-Humazah. Kajian dilakukan menggunakan kajian jenis kualitatif dengan reka bentuk kajian pensejarahan. Dokumen dijadikan instrumen kajian serta dianalisis dengan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyentuh berkenaan membangun akhlak masyarakat madani dengan teguran-teguran tegas kepada masyarakat antaranya membezakan perkara yang hak dan batil, melazimi berkongsi rezeki sama ada melalui zakat atau sedekah, menekankan aspek pendidikan serta mengambil ibrah melalui kisah-kisah terdahulu dalam membentuk akhlak masyarakat. Karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini wajar dijadikan rujukan kuliah-kuliah agama ataupun silibus pengajian kerana ia menyentuh isu-isu semasa ketika membahaskan ayat al-Quran serta mudah difahami.en_US
dc.identifier.citationRamlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.en_US
dc.identifier.epage87
dc.identifier.issneISSN: 2811-3411
dc.identifier.spage79
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17000
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPenerbit USIMen_US
dc.relation.conferenceInternational Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT) 2023en_US
dc.subjectMembangun Akhlak, Masyarakat Madani, Tafsir Al-Quran, Surah Al-Humazah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.en_US
dc.titleMembangun Akhlak Masyarakat Madani Melalui Tafsir al-Quran Analisis Terhadap Tafsir Surah al-Humazah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Maten_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Membangun Akhlak Masyarakat Madani Melalui Tafsir al-Quran Analisis Terhadap Tafsir Surah al-Humazah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.pdf
Size:
346.32 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections