Options
Kedudukan Hukum Sentuhan Bukan Mahram ke Atas Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Date Issued
2022
Author(s)
Azman Ab Rahman
Muhammad Faiz Abd. Shakor
Norakyairee Mohd Raus
Mohd Nur Adzam Rasdi
Nurul Nadia Nozlan
Abstract
Sentuhan merupakan salah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang biasa digunakan bagi OKU penglihatan. Mereka menggunakan deria ini sebagai ganti bagi deria penglihatan ketika berjalan, mengenali sesuatu objek dan juga membaca kod Braille. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi lisan merupakan kaedah yang lumrah digunakan. Namun, komunikasi bukan lisan seperti sentuhan amat diperlukan bagi golongan OKU Penglihatan. Timbul persoalan tentang kedudukan hukum sentuhan terhadap bukan mahram khususnya guru yang mengajar murid OKU penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ibadat. Justeru, artikel ini akan menghuraikan kedudukan hukum sentuhan bukan mahram ke atas oku penglihatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dari segi perbezaan jantina dan sebagainya. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati dalam aspek sentuhan antara guru dan
murid bermasalah penglihatan yang berbeza jantina bukan mahram adalah harus jika terdapat keperluan (hajah) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk menunjukkan perlakuan sesuatu ibadat seperti pergerakan rukun solat dan membetulkannya dengan menggunakan tangan dengan kadar minima termasuk perlakuan wuduk, tayammum dan sebagainya. Pendekatan penggunaan sarung tangan adalah langkah terbaik sekiranya tidak menyukarkan dan lebih cermat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan isu sentuhan antara bukan mahram dan OKU penglihatan.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kedudukan Hukum Sentuhan Bukan Mahram ke Atas Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.pdf
Size
505.44 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):eab58f3d108528822ca2e3bc3bd0e3d1