Options
Muqri’ Dalam Talaqqi Al-Quran Menurut Al-Imām Al-Nuwayri Dalam Muqaddimah Sharḥ Ṭoyyibah Al-Nashr Fī Al-Qiraat Al-‘Ashr
Date Issued
2019-10-08
Author(s)
Mujahid Ahmad Lutfi
Abstract
Kertas kerja ini akan membincangkan syarat-syarat yang diletakkan oleh ulamak dalam bidang qiraat berkaitan seseorang yang mempunyai gelaran muqri’ atau pun seorang yang mengajar al-Quran. Ini adalah berdasarkan apa yang dinyatakan oleh al-Imām al-Nuwayrī (m.857H) di dalam kitab beliau yang bertajuk Syarḥ Ṭoyyibah al-Nashr Fī al-Qirāāt al-‘Ashr. Pemahaman berkaitan syarat muqri’ ini penting kerana ia berkait rapat dengan kaedah pengajian al-Quran berasaskan talaqqi dan pengijazahan sanad yang diamalkan secara semakin meluas di kalangan umat Islam mutakhir ini. Amalan talaqqi al-Quran merupakan satu Sunnah yang amat mulia dan perlu dijaga keaslian dan keabsahannya setanding dengan apa yang diwariskan oleh Nabi Muḥammad SAW dan para ulamak sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Keistimewaan umat Islam terserlah di dalam amalan talaqqi berguru dan bersandarkan kepada sanad yang merupakan susur galur berterusan sehingga kepada Nabi Muhammad SAW. Ini merupakan usaha murni bagi memastikan apa yang diriwayatkan sahih dan benar, serta tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak terutamanya musuh-musuh Islam. Oleh itu, setiap penuntut ilmu al-Quran hendaklah memastikan diri mereka mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh para ulamak dalam memastikan tidak berlaku kesilapan dalam proses pengajian dan pengajaran al-Quran. Justeru, kajian ini mendapati bahawa seorang muqri’ perlu menjaga hal-hal khusus berkenaan keahliannya sebagai muqri’ dari segenap sudut seperti akhlak, penampilan, ilmu, dan adab-adab dalam halaqah pengajian. Selanjutnya, beliau perlu jelas akan kepakaran dalam bahagian ilmu al-Quran yang layak diajar olehnya selari dengan apa yang dipelajari daripada gurunya. Bahkan, kajian ini juga menjelaskan secara ringkas hukum mengajar al-Quran di jalanan dan hukum mengambil upah mengajar al-Quran di sisi Fuqaha’.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Muqri’ dalam talaqqi al-Quran menurut al-Imam al-Nuwayri dalam Muqaddimah Sharh Toyyibah al-Nashr Fi al-Qiraat al-‘Ashr.pdf
Size
720.99 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a9dc76308dab9ab4c06c4f01b20b215f