Options
Pendekatan Khiyar Dalam Pembelian Atas Talian (Online Shopping): Analisa Kritikal
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
Nor Izham Bin Subri
Izwan Nurli Bin Mat Bistamam
Mohd Zaki Bin Shahabuddin
Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy W. M.
Rozana Binti Mohd Jamil
Abstract
Pendamik Covid-19 merupakan satu tamparan hebat kepada masyarakat dunia. Namun, setiap musibah ada hikmahnya. Hikmah yang dapat diperolehi dari pendamik ini adalah peningkatan penggunaan aplikasi atas talian, secara khususnya di Malaysia. Peningkatan ini adalah disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Mac 2020 yang lalu. Norma baharu ini akan terus seiring di dalam kehidupan seharian kita, maka kita perlu mengadaptasi kehidupan kita dengan gaya hidup bersama Covid-19 di mana kontak fizikal diminimakan dan mengoptimakan penggunaan secara atas talian. Salah satu daripada penggunaan aplikasi atas talian tersebut adalah penggunaan aplikasi pembelian atas talian (online shopping). Walau bagaimanapun, kepesatan penggunaan aplikasi tersebut terdapat jua isu-isu yang melibatkan transaksi muamalat. Kajian ini menganalisa beberapa aplikasi pembelian atas talian (online shopping) menurut pendekatan khiyar dari segi implementasi dan impak kepada pengguna. Metodologi kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah perpustakaan yang mana penyelidik-penyelidik melakukan analisa kandungan berdasarkan kertas-kertas kajian terdahulu dan melihat dimana ketersamaan implimentasi pendekatan khiyar dalam aplikasi tersebut secara praktisnya. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi pemahaman kepada masyarakat tentang pendekatan khiyar dalam pembelian atas talian (online shopping).
Subjects
File(s)
Loading...
Name
BM004 - Pendekatan Khiyar Dalam Pembelian Atas Talian (Online Shopping) Analisa Kritikal.pdf
Description
Pendekatan Khiyar Dalam Pembelian Atas Talian (Online Shopping): Analisa Kritikal
Size
394.41 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):9b568e3937992a037d12d6175e718c3e