Options
Hak Pengurusan Harta oleh Lembaga Zakat: Perspektif Undang-Undang Islam dan Implikasi Sosial
Date Issued
2025
Author(s)
Wan Nur A’aina Farhana Meor Amir Hamzah
Nur Syazwana Shaharom
Ahmad Sulhiy Ahmad Nasfy
Muhammad ‘Arif Azri Bahaman
Muhammad Aqil Farhan Bahrin
Abstract
Tujuan utama zakat adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin melalui pengagihan yang adil. Lembaga zakat merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengendali proses pengurusan harta ini. Setiap negeri mempunyai badan autoriti tersendiri. Namun, tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat di Malaysia semakin merosot, terutamanya akibat pengurusan yang kurang telus. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan hak pengurusan harta oleh lembaga zakat termasuk konsep zakat, peranan dan tanggungjawab lembaga zakat, implikasi sosial dan konflik-konflik yang berkaitan dengan pengurusan zakat oleh lembaga zakat. Berdasarkan kajian literatur, artikel ini membentangkan cadangan penambahbaikan untuk institusi zakat untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan zakat. Hasil artikel ini berpotensi memberi panduan kepada institusi zakat di Malaysia dan negara-negara Islam lain dalam mencapai matlamat utama zakat, iaitu mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial. Selain itu, ia juga diharap menjadi pencetus kepada kajian empirikal lanjut dalam bidang pengurusan zakat.
File(s)

Loading...
Name
Hak Pengurusan Harta oleh Lembaga Zakat.pdf
Size
1003.2 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7921f62f9d7e7474b5279e1514dc2fca
Loading...
Name
Hak Pengurusan Harta oleh Lembaga Zakat.pdf
Size
1003.2 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7921f62f9d7e7474b5279e1514dc2fca