Options
Kebolehgunaan Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (asasdith) Dalam Meningkatkan Minat Dan Motivasi Pelajar
Journal
HADIS
ISSN
2550-1585
Date Issued
2024
Author(s)
Siti Mursyidah Mohd Zin
Farhah Zaidar Mohamed Ramli
Phayilah Yama
Suriani Sud
Universiti Sains Islam Malaysia
DOI
10.53840/hadis.v14i28.272
Abstract
Alat bantuan mengajar (ABM) di dalam bidang Ulum al-Hadith/Mustalah al-Hadith yang dipelajari secara tradisional berasaskan buku/kitab telah diinovasikan menjadi Kad gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (AsasDith). Inovasi pembangunan Kad AsasDith ini seiring dengan kehendak pelajar masa kini yang lebih berminat dengan alat bantuan mengajar yang interktif dan santai.Pembangunan Kad AsasDith ini boleh digunapakai oleh para pensyarah, tenaga pengajar yang mengajar dan para pelajar yang mempelajari Kursus Ulum al-Hadith/ Mustalah al-Hadith di IPTA mahupun IPTS. Objektif utama di dalam kajian ini adalah untuk menilai kebolehgunaan Kad AsasDith. Penilaian kebolehgunaan Kad AsasDith ini dilakukan ke atas pelajar-pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Selangor (UIS). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan berbentuk soal selidik dengan menggunakan skala likert tujuh mata. Data kemudian dianalisis menggunakan SPSS v25 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Interpretasi nilai min yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian kebolehgunaan Kad AsasDith terhadap motivasi pelajar pada tahap tinggi dengan nilai min bagi kesemua elemen melebihi 5.0. Hasil kajian mendapati Kad AsaSDith mengikut mampu meningkatkan motivasi pelajar dan minat terhadap kursus Ulum al-Hadith /Mustalah al-Hadith.
File(s)
Loading...
Name
Kebolehgunaan Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (asasdith) Dalam Meningkatkan Minat Dan Motivasi Pelajar.pdf
Size
698.25 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5bfbbbddde2da260771011711cbfc399