Publication:
Kompetensi Kesantunan Berbahasa Sukarelawan Berpandukan Maksim Kesantunan Leech

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kesukarelawanan adalah salah satu aktiviti kemasyarakatan yang amat diperlukan khususnya ketika berlaku musibah di sesebuah negara. Malaysia yang pernah dilanda banjir besar pada Disember 2021, menyaksikan sukarelawan menggembleng tenaga membantu mangsa bencana di segenap lokasi. Walaupun peranan sukarelawan tidak dapat dinafikan, namun ada golongan yang mengkritik kesantunan yang diamalkan oleh golongan ini. Kajian ini meninjau pandangan masyarakat di tiga buah kampung dalam daerah Jelebu - salah sebuah daerah yang teruk dilanda banjir - terhadap kesantunan berbahasa sukarelawan berdasarkan Maksim Kesantunan Leech. Kaedah kajian ini ialah kajian lapangan dan data diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Jumlah sampel kajian ini ialah 63 orang ketua keluarga daripada 75 buah keluarga yang terlibat dalam banjir. Dapatan kajian membuktikan bahawa tahap yang paling tinggi terdapat pada item menggunakan bahasa yang beradab ketika menyuruh dan memberikan arahan iaitu 4.70 manakala tahap yang paling rendah terdapat pada item mengelakkan kata-kata yang memuji diri sendiri iaitu 4.13. Kesimpulannya, sukarelawan mengamalkan kesantunan yang tinggi sewaktu menjalankan misi dan masyarakat mempunyai persepsi yang baik terhadap mereka. Kumpulan sukarelawan perlu mengekalkan kesantunan ini untuk memastikan aktiviti kesukarelawanan terus diterima oleh masyarakat.

Description

Volume: 8 No: 2 (page: 112-126)

Keywords

Kompetensi, Kesantunan Berbahasa, Sukarelawan, Maksim Kesantunan Leech, Banjir

Citation