Options
Pembangunan Model Gangguan dalam Pengurusan Rantaian Bekalan Ternakan
Date Issued
2025
Abstract
Gangguan dalam rantaian bekalan ternakan memberi kesan besar terhadap kelestarian sektor penternakan negara. Kajian ini bertujuan membangunkan satu model gangguan yang komprehensif dalam pengurusan rantaian bekalan ternakan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk model secara sistematik yang merangkumi enam fasa utama, termasuk pembangunan dan pengesahan model melalui teknik Mini Delphi. Data dikumpul melalui soal selidik yang diedarkan kepada 300 responden dalam industri penternakan. Hasil kajian mengenal pasti sepuluh konstruk utama yang memberi kesan langsung terhadap gangguan, antaranya proses penternakan, kewangan, teknologi, pengangkutan, dan pematuhan syariah. Model yang dibangunkan dapat membantu penternak dan pemegang taruh mengenal pasti serta meminimumkan gangguan dalam rantaian bekalan, seterusnya menyokong agenda kerajaan dalam memperkasa sektor penternakan negara.
File(s)
Loading...
Name
Pembangunan Model Gangguan dalam Pengurusan Rantaian Bekalan Ternakan.pdf
Size
390.26 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7ff8a56afd528c3cfd9bc021895d579b