Publication: Kesopanan Komunikasi Dalam Menangani Berita Palsu Pandemik Covid-19; Perspektif Retorikal- Quran Dan Psikologi
Loading...
Date
2021-09-09
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Isu penyebaran berita palsu antara perkara yang sering dibincangkan di Malaysia sama ada dari sudut undang-undang atau keharmonian masyarakat. Artikel ini menganalisa beberapa isu berkaitan penyebaran berita palsu berkaitan pandemik COVID-19. Ia dikaji dari sudut kesannya terhadap kestabilan masyarakat dari aspek adab kesopanan berkomunikasi dan emosi, samaada bagi penyebar berita ataupun penerimanya. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis berita palsu dalam akhbar tempatan, analisis dokumen, artikel jurnal dan buku-buku berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa penyebaran berita palsu menjadi kebiasaan bagi sebahagian masyarakat dengan adanya medium media sosial yang dimiliki oleh setiap individu. Sehubungan itu, kajian ini cuba mengetengahkan panduan kesopanan komunikasi menurut perspektif retorik al-Quran dan psikologi bagi membimbing masyarakat ke arah komunikasi yang lebih terpandu.
Kata kunci: kesopanan komunikasi, berita palsu, psikologi, retorik al- Quran.
Description
Date: 9 September 2021
Platform: MSTeams, USIM Nilai,
Negeri Sembilan, Malaysia
Keywords
kesopanan komunikasi,, berita palsu,, psikologi,, retorik al- Quran.