Options
Kebolehterimaan Rakaman Audio dan Video Sebagai Keterangan di Mahkamah Syariah dan Sivil Di Malaysia: Analisis Perundangan Perbandingan
Date Issued
2025
Author(s)
Malai Nurfarhanah Ilyana Malai Hashim
Siti Zaidah Zakaria
Suhaizad Saifuddin
DOI
https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/176
Abstract
Penerimaan keterangan berbentuk rakaman audio dan video dalam prosiding Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia menunjukkan perkembangan signifikan seiring kemajuan teknologi digital. Bukti berasaskan multimedia kini memainkan peranan penting dalam memperkukuh fakta kes, namun menimbulkan persoalan berkaitan ketulenan, kebolehpercayaan, serta kesahihan prosedur pembuktian di sisi undang-undang. Kajian ini meneliti isu dan implikasi perundangan berhubung kebolehterimaan rakaman audio dan video sebagai bahan keterangan, dengan tumpuan khusus terhadap amalan di Mahkamah Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen kualitatif melibatkan perbandingan antara peruntukan undang-undang, keputusan kes mahkamah, serta pandangan sarjana hukum Syariah dan sivil. Dapatan kajian menunjukkan bahawa meskipun Mahkamah Sivil memperuntukkan mekanisme khusus melalui Seksyen 90A hingga 90C Akta Keterangan 1950, Mahkamah Syariah pula masih bergantung kepada tafsiran umum di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Sabah) 2004. Perbezaan ini menimbulkan cabaran dari segi ketulenan bukti digital, dan keperluan kepakaran teknikal. Kajian ini juga menekankan kepentingan peranan pakar forensik digital dalam menilai bukti berasaskan teknologi agar keputusan kehakiman tidak terjejas oleh manipulasi digital atau kelemahan teknikal. Justeru, kajian mencadangkan penambahbaikan melalui pewujudan garis panduan pengesahan teknikal, latihan digital kepada pegawai kehakiman, serta harmonisasi perundangan antara sistem sivil dan Syariah. Implikasi kajian ini diharap dapat memperkukuh integriti sistem perundangan dan memastikan keadilan Islam terpelihara dalam era digital.
File(s)

Loading...
Name
Kebolehterimaan Rakaman Audio dan Video Sebagai Keterangan di Mahkamah Syariah dan Sivil Di Malaysia.pdf
Size
820.69 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):30f51fd895c0b11dcac26556ae4ff2d7
Loading...
Name
Kebolehterimaan Rakaman Audio dan Video Sebagai Keterangan di Mahkamah Syariah dan Sivil Di Malaysia.pdf
Size
820.69 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):30f51fd895c0b11dcac26556ae4ff2d7