Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Conferences
  4. INSAN JUNIOR RESEARCHERS INTERNATIONAL CONFERENCE (iJURECON)
  5. 2025 iJURECON
  6. Zero To Hero: Impak Positif Pertandingan Debat Terhadap Pekembangan Karakter Pelajar
 
  • Details
Options

Zero To Hero: Impak Positif Pertandingan Debat Terhadap Pekembangan Karakter Pelajar

Date Issued
2025
Author(s)
Afiqah Binti Mahamad
Aisyah Qaisara Binti Azizulmalik
Aisyah Humaira’ Binti Aidil Hakim
Muhammad Rafiq Bin Ramdhan
Muhammad Rayyan Bin Anuar
Umar Daniel Bin Izudin
Abstract
Perdebatan merupakan satu bentuk komunikasi lisan yang melibatkan dua pihak yang mempunyai pandangan berbeza, sama ada dalam menyokong atau menolak sesuatu topik, dengan mengetengahkan hujah masing-masing untuk saling mencabar pandangan lawan. Dalam konteks pendidikan, debat tidak hanya dianggap sebagai alat komunikasi, tetapi turut berfungsi sebagai satu strategi pedagogi yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan analitis, di samping memperkukuh keupayaan pelajar dalam berkomunikasi dan memimpin. Tambahan pula, berbahas secara dinamik dan beretika juga berupaya membentuk kematangan emosi dan sahsiah pelajar. Walau bagaimanapun, penyertaan pelajar dalam aktiviti ini semakin berkurangan disebabkan oleh tanggapan umum yang berpanjangan bahawa debat merupakan aktiviti yang kompleks dan hanya sesuai untuk individu yang petah bercakap. Persepsi ini secara tidak langsung menyebabkan ramai pelajar enggan melibatkan diri dalam bidang perdebatan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penglibatan dalam debat terhadap perkembangan peribadi pelajar, khususnya dari segi kepimpinan, pemikiran dan kemahiran komunikasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, di mana instrumen soal selidik disusun secara sistematik untuk mengumpul data berangka yang boleh dianalisis secara statistik. Informan kajian terdiri daripada guru, pelajar dan alumni sekolah yang dipilih. Data dianalisis secara sistematik bagi mengenal pasti pola, hubungan dan perbezaan yang berkaitan dengan pembangunan diri melalui penyertaan dalam debat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti debat memberikan kesan positif yang signifikan terhadap pembentukan tingkah laku pelajar, baik dari sudut akademik mahupun sahsiah, selain turut meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran berhujah secara tersusun. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pelaksanaan aktiviti debat diperkasakan dan diperluaskan lagi dalam kalangan pelajar sekolah serta dimasukkan sebagai salah satu komponen pembelajaran nilai dalam kurikulum atau aktiviti kokurikulum sekolah. Adaptasi dasar ini diharap dapat menyumbang kepada pembentukan generasi pelajar yang lebih bijaksana, kritis dan bersedia menghadapi dunia komunikasi sebenar.
Subjects

Debat

karakter

pelajar

komunikasi

kepimpinan

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Zero To Hero.pdf

Size

412.62 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):790bfe80bea305683360f3248a48d8c4

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia