Publication:
Meneroka Cabaran Emosi Warga Emas Dalam Pembelajaran Al-quran

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Usia emas merupakan satu tempoh usia yang rapuh bagi manusia. Pada usia ini, pelbagai kemerosotan dan kelemahan akan dilalui oleh seseorang yang bergelar warga emas seperti aspek fizikal, deria, kemerosotan dari sudut kognitif. Namun, terdapat kemerosotan lain yang turut terjejas iaitu dari sudut emosi. Emosi warga emas pada ketika ini menjadi sangat sensitif dan sekiranya tidak diurus dengan bijak, menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain turut terjejas. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan meneroka emosi warga emas dengan mengenal pasti masalah emosi utama yang dihadapi oleh warga emas dalam pembelajaran al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dengan menemu bual sembilan orang responden bagi mendapatkan data. Hasil kajian menunjukan bahawa, malu, ego dan sensitif merupakan tiga perkara utama cabaran emosi warga emas dalam pembelajaran al-Quran. Oleh yang demikian, satu pendekatan yang sesuai harus digunakan oleh guru, masyarakat mahupun keluarga untuk mengatasi masalah emosi tersebut agar warga emas mampu belajar dengan selasa dan berterusan.

Description

Keywords

Emosi Warga Emas, Warga Emas, Kesihatan Mental

Citation