Options
Kesenian Islam: Kaedah Memartabatkan Mashaf Al-Qur’an di Yayasan Restu Selangor
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Nurul Natasha Binti Mohd Riza
Nurul Husna Binti Abdul Wahid
Abstract
Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dalam penyampaian kitab suci al-Qur’an sebagai panduan dan bimbingan kepada umat Islam adalah merupakan suatu kurniaan yang besar daripada Allah S.W.T. Kitab al-Qur’an yang mahfuz sehingga ke hari ini dikumpulkan dengan pelbagai peringkat yang khusus dan rapi hasil daripada usaha dan ijtihad para sahabat Baginda S.A.W. Sebagai tambahan, pemeliharaan kitab suci al-Qur’an yang berterusan sehingga ke zaman moden kini memiliki kaedah dan gaya yang unik seterusnya membuktikan keindahan kesenian Islam yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menerangkan bagaimana mashaf-mashaf al-Qur’an ini disalin, dicetak, disusun dan dihias di Yayasan Restu yang bertempat di Selangor. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana institusi Yayasan Restu ini berfungsi dalam memartabatkan mashaf al-Qur’an. Akhir sekali, memberikan kesedaran akan nilai-nilai seni dan estetika Islam yang indah yang ditampilkan kepada masyarakat di institusi Yayasan Restu di Shah Alam, Selangor. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah menerusi kaedah kualitatif yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu penyelidikan serta penelitian di institusi Yayasan Restu melalui sumber-sumber bahan bacaan. Disamping itu, menemuramah wakil institusi Yayasan Restu untuk mendapatkan beberapa maklumat tertentu mengenai proses pemeliharaan dan memartabatkan mashaf al-Qur’an. Kesimpulannya, kita dapat lihat hari ini bahawa kreativiti dan inovasi yang diterapkan dalam kesenian Islam khususnya dalam proses pembikinan mashaf al-Qur’an di Yayasan Restu ini dapat memberikan dampak yang besar kepada perkembangan komuniti umat Islam serta meninggikan kedudukan kalam suci Allah S.W.T.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
KESENIAN ISLAM_KAEDAH MEMARTABATKAN MASHAF AL-QUR’AN DI YAYASAN RESTU SELANGOR.pdf
Size
1.38 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):67e580254e1a7f6953207ce22bce4c08