Options
Pemaparan Status Hadis dalam Aplikasi Digital Hadis: Isu dan Masalah
Date Issued
2022
Author(s)
A Irwan Santeri Doll Kawaid
Ahmad Izzuddin Abu Bakar
Shumsudin Yabi
Abstract
Perkembangan teknologi maklumat menjadikan ramai orang yang memilih untuk mencari atau berkongsi maklumat tentang pelbagai perkara di platform digital. Hadis Nabi SAW, sepertimana maklumat lain, turut menjadi item perkongsian dan carian yang banyak dilakukan di platform tersebut. Ianya dilakukan sama ada untuk diketahui atau diamalkan. Di zaman ini juga, ramai yang mulai sedar tentang kepentingan beramal dengan hadis sahih dan keperluan menolak hadis palsu dan hadis dhaif jenis berat lantaran banyak kempen kesedaran yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Disebabkan perkembangan tersebut, banyak pihak, terutamanya pengelola laman sesawang atau pembina aplikasi telefon mudah alih cuba memudahkan pengguna untuk mendapatkan status hadis dengan memaparkannya di platform mereka. Pemaparan aplikasi-aplikasi tersebut dilihat mempunyai kepelbagaian dalam gaya dan pendekatan. Meskipun status hadis adalah salah satu komponen kecil dalam maklumat hadis yang mereka sajikan, namun jika diteliti, terdapat pelbagai isu dan masalah di sebalik penyediaannya yang memerlukan kepada perancangan yang sistematik sebelum ianya dapat dipaparkan dengan tepat dan sesuai. Kertas kerja ini mengkaji isu dan masalah yang berkaitan pemaparan status hadis di aplikasi digital hadis. Ia membincangan aspek perancangan serta pendekatan yang bersesuaian untuk digunakan bagi pemaparan status hadis di aplikasi digital hadis. Hal ini agar pemaparan tersebut dapat dimanfaatkan oleh pengguna dan tidak menyebabkan disiplin ilmu hadis disalah tanggap.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pemaparan Status Hadis dalam Aplikasi Digital Hadis Isu dan Masalah.pdf
Size
364.17 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):11afbafa0c7d9d07af0e918f3f8d277c