Publication: Kaedah Dan Garis Panduan Penyelesaian Haid Bagi Jemaah Wanita Yang Melaksanakan Ibadat Haji Dan Umrah Ditanah Suci Mekah
No Thumbnail Available
Date
2016
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Abstract
Artikel ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan kaedah penyelesaian bagi permasalahan jemaah wanita yang didatangi haid tatkala sedang melaksanakan ibadat umrah dan haji di Tanah Suci Mekah. Haid adalah satu fitrah semulajadi yang dianugarahkan oleh Allah SWT ke atas hambanya yang bernama wanita. Namun begitu, kedatangan haid boleh menghalang seseorang jemaaah wanita daripada menyempurnakan ibadat haji dan umrahnya. Ini kerana, salah satu daripada Rukun Haji dan Umrah adalah ibadat Tawaf yang mana syarat sahnya memerlukan wudhuk; sedangkan jemaah Wanita yang haid tidak boleh berwudhu dan ini secara automatik menghalang jemaaah wanita tersebut daripada melakukan ibadat tawaf seterusnya tidak mampu menyempurnakan Rukun Haji dan Umrahnya. Tanpa ibadat tawaf, maka selagi itulah jemaah wanita tersebut masih kekal di dalam ihram dan wajib menjaga pantang larang dalam ihram. Isu ini kian bertambah parah dan amat membimbangkan jemaah wanita, andaikata melakukan umrah atau haji tiba-tiba didatangai haid sedangkan pakej umrah dan hajinya akan berakhir dan jemaah wanita tersebut dijadualkan akan pulang ke Tanah Air Malaysia pada keesokkan hari atau dua hari lagi. Dalam masa yang sama haid jemaah wanita tersebut kebiasaannya di Malaysia berlangsung 8 hingga 10 hari. Bagaimanakah jemaah wanita tersebut ingin pulang ke Malaysia sedangkan jemaah wanita tersebut masih lagi dalam ihram?.. Adakah jemaah wanita tersebut akan pulang juga mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan dan kekal dalam ihram?. Dapatan Artikel ini mendapati Niat Bersyarat, Fatru' Naqa', Tahallul Ihsar, Menangguhkan penerbangan pulang dan bertaqlid ke Mazhab Hanafi adalah kaedah penyelesaian terbaik bagi membantu jemaah wanita tersebut agar dapat bebas daripada ihram dan larangannya seterusnya pulang ke Malaysia tanpa dosa. Diharapkan, hasil Artikel ini akan menjadi satu garis panduan dan rujukan kepada guru-guru agama dan jemaah haji dan umrah dalam mencapai keredhaan Allah SWT seterusnya memperolehi haji dan umrah yang mabrur.