Options
Faktor-Faktor Penyumbang Kadar Kelahiran Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia: Tinjauan Saranan Dari Al Quran Dan Al-Sunnah
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
Abstract
Isu kelahiran anak tidak sah taraf masih belum selesai. Penyelesaian seharusnya dilihat dari akar umbi selaras dengan pendekatan yang diterapkan oleh al-quran dan al-hadith. Artikel ini menganalisis faktor penyumbang kepada kadar kelahiran anak tak sah taraf dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Kajian telah ini menganalisis faktor-faktor penyumbang kepada kelahiran anak tak sah taraf menggunakan metodologi temu bual dan analisis dokumen. Secara keseluruhannya, terdapat tujuh tema utama faktor-faktor yang mempengaruhi bilangan kelahiran anak tak sah taraf antaranya ialah, faktor keluarga, agama, pendidikan, rakan sebaya, teknologi, perasaan semula jadi, dan pergaulan bebas. Dapatan kajian ini memperincikan sub-faktor bagi faktor-faktor utama yang seharusnya ditekankan dalam menangani permasalahan ini. Makalah ini kemudiannya mengutarakan solusi bagi faktor-faktor tersebut melalui al-quran dan al-sunnah. Kajian lanjutan perlu dilakukan menerusi pelbagai medium dan metodologi bagi mengisi beberapa kelompangan yang telah dijumpai semasa kajian ini dilakukan.
File(s)
Loading...
Name
BM029 - Faktor-Faktor Penyumbang Kadar Kelahiran Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia Tinjauan Saranan Dari Al Quran Dan Al-Sunnah.pdf
Description
Faktor-Faktor Penyumbang Kadar Kelahiran Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia: Tinjauan Saranan Dari Al Quran Dan Al-Sunnah
Size
806.82 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):e397ef7d2aec0e5a04dc4cf4d6cdf179