Options
Persepsi Awal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia Terhadap Kursus Falsafah Dan Isu Semasa.
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
Ros Aiza binti Mohd Mokhtar
Universiti Sains Islam Malaysia
Siti Nor Azhani binti Mohd Tohar
Abd Hakim bin Mohad
Abstract
Kusrus Falsafah dan Isu Semasa merupakan salah satu kursus wajib universiti yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia bermula September 2019. Kursus ini telah mula diambil oleh pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bermula semester II, 2019/2020. Pada dasarnya, kursus ini dibangunkan untuk pelajar sebagai pendedahan kepada Ilmu Falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara yang menjadi tunjang kepada Malaysia. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek Falsafah dan Isu Semasa diharapkan dapat melahirkan pelajar yang lebih kritis dalam menangani permasalahan dalam kehidupan mereka dan dalam masa yang sama berupaya menjadikan falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Oleh itu, makalah ini bertujuan meneroka persepsi awal pelajar USIM terhadap kursus ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif di mana sekumpulan pelajar telah diminta menjawab beberapa soalan pada hari pertama mereka menghadiri kuliah bagi kursus ini iaitu sepuluh minit sebelum kelas tamat. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif interpretatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa, walaupun pelajar mengganggap kursus ini sebagai kursus yang berat, namun, mereka sedar tentang kepentingan kursus ini serta mengharapkan kursus ini menjadikan mereka lebih berfikiran rasional, kritis serta berupaya mencari jawapan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka. Kajian ini penting sebagai input awal kepada tenaga pengajar kursus ini di USIM khususnya dan di IPT amnya sebagai persediaan dan penambahkaian dalam perlaksanaan kursus ini pada semester-semester yang akan datang
File(s)
Loading...
Name
BM028 - Persepsi Awal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia Terhadap Kursus Falsafah Dan Isu Semasa..pdf
Description
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020
Size
198.78 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1ee32526a4b7725ad65f9a9a8bf03e0b