Options
Silibus Retorik (Balaghah) IPTA& IPTS Di Malaysia: Kajian Analisis Tematik Kandungan
Date Issued
2022
Author(s)
Mohamed Bin Haji Ibrahim
Sulaiman Ismail
Nurhasma Muhamad Saad
Zulkipli Md Isa
Abstract
Subjek ilmu Balaghah atau Retorik merupakan satu subjek yang ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus Bahasa Arab di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Walaubagaimanapun subjek Balaghah di peringkat Universiti ini tidak dapat menarik minat pelajar dan sukar melahirkan pelajar yang memahami dan menghayati keindahan bahasa Arab melalui retorik teks-teks sastera Arab. Dengan demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti bahan-bahan rujukan yang sedia ada yang telah digunakan di Institusi Pengajian Tinggi dengan menganalisis isi kandungan dan silibus buku teks Balaghah yang menjadi rujukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Hal ini kerana setiap universiti telah menggunakan pelbagai buku rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran Balaghah. Kajian ini telah menganalisa data dengan menggunakan kaedah Analisis Tematik untuk menganalisis kandungan buku-buku rujukan subjek Balaghah yang digunakan di IPTA/S. Kajian ini mendapati bahawa buku-buku yang sedia ada ini tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran di Institusi Pengajian Tinggi, ini kerana kandungan ubahsuai tidak dapat mencapai ciri-ciri buku rujukan yang perlu memenuhi standard dan kualiti sumber pembelajaran utama dalam kuliah oleh guru dan pelajar
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Silibus Retorik (Balaghah) IPTA& IPTS Di Malaysia Kajian Analisis Tematik Kandungan.pdf
Size
418.21 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):db948b42f41ee4735f9ece7ba7880d18