Publication:
Prestasi Aplikasi Hadis Digital Berteraskan Technology Acceptance Model (TAM): Suatu Tinjauan Awal

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Islam bersumberkan wahyu yang sahih dari Allah SWT sebagai panduan kehidupan manusia melalui al-Quran dan al-Hadis. Penggunaan aplikasi-aplikasi hadis pada masa kini sangat membantu masyarakat memahami hadis dengan lebih mendalam seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Penulisan kertas kerja konseptual ini bertujuan untuk mendedahkan penyelidikan aplikasi hadis di Malaysia, teori Technology Acceptance Model (TAM) dan cadangan awal penyelidikan prestasi aplikasi hadis berteraskan TAM. Oleh itu, penyelidikan ini diharap mampu menghasilkan model baharu untuk penyelidikan lanjutan supaya aplikasi-aplikasi hadis yang dihasilkan memberi impak positif dalam masyarakat seterusnya meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka dalam melahirkan generasi Islam minda kelas pertama.

Description

Keywords

Prestasi,, Aplikasi Hadis,, Technology Acceptance Model (TAM)

Citation

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH VOL 3 BIL 2 (2016)