Options
Kajian Perbandingan Mempelajari Ilmu Tajwid secara Bersemuka atau Secara Atas Talian dan Keberkesanannya dalam Kalangan Pelajar Usim
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Siti Noormarfu’ah Bt Kosnandi
Siti Nur Dini Huda Bt Zamzuri
Siti Nordiana Bt Mohamad Hanafi
Abstract
Mempelajari ilmu tajwid merupakan suatu tuntutan dalam Islam kerana ilmu tajwid adalah ilmu yang berkait rapat dengan pegangan utama umat Islam iaitu kitab suci Al-Quran. Sehubungan dengan itu, kita sedia maklum bahawa hukum membaca Al-Quran secara bertajwid adalah wajib bagi setiap muslim. Rentetan daripada fenomena penularan wabak covid-19, pembelajaran ilmu tajwid kini bukan hanya secara bersemuka, malah diperluas melalui medium di atas talian. Hal ini secara tidak langsung menjadikan pembelajaran secara atas talian sebagai platform utama dalam mendalami ilmu fardhu kifayah ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membuat perbandingan tentang keberkesanan mempelajari ilmu tajwid sama ada secara bersemuka atau di atas talian yang lebih efektif dan berkesan. Kajian ini akan menggunakan kaedah kuantitatif yang akan mengumpulkan maklum balas dalam kalangan pelajar fakulti quran dan sunnah di USIM. Hasil kajian ini akan menunjukkan keberkesanan mempelajari ilmu tajwid antara dua kaedah yang dinyatakan sekaligus merumuskan kaedah mana yang lebih berkesan pada era kini. Kesimpulannya, mempelajari ilmu tajwid kini lebih mudah kerana pelbagai keadah dan medium telah wujud sebagai pemudah cara kepada umat Islam. Justeru, pembelajaran tajwid ini bukan lagi satu halangan atau alasan untuk tidak membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid sekaligus memperbaiki bacaan Al-Quran dari semasa ke semasa.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
KAJIAN PERBANDINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID SECARA BERSEMUKA ATAU SECARA ATAS TALIAN DAN KEBERKESANANNYA DALAM KALANGAN PELAJAR USIM.pdf
Size
895.56 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6230ad4061b5cd7db1010903a37847d1