Options
Kaedah Pengajaran Rasulullah SAW: Analisis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi
Date Issued
2025
Author(s)
Muhammad Hisyamuddin Kamarudin
DOI
10.35631/IJMOE.728011
Abstract
Kajian ini meneliti kaedah pengajaran Rasulullah SAW sebagaimana yang terdapat dalam Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi (KPM, 2023). Modul ini dijadikan sumber utama untuk menganalisis pendekatan pedagogi Rasulullah SAW berdasarkan hadis-hadis pilihan yang merangkumi aspek ilmu, kefahaman dan penghayatan. Analisis tematik terhadap 42 hadis mendapati Rasulullah SAW menggunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti kuliah berstruktur, soal jawab, dialog, penceritaan, perbandingan, pengulangan, gaya bukan lisan, amali, resitasi dan penyelesaian masalah. Hasil kajian ini bukan sahaja mengesahkan keunikan pedagogi Islam, malah menunjukkan kesepadanan dengan teori pendidikan Barat seperti Bloom, Vygotsky dan Piaget. Kepelbagaian pendekatan ini membuktikan bahawa pedagogi Islam bersifat holistik, fleksibel dan sesuai diaplikasikan dalam konteks pendidikan abad ke-21. Dapatan kajian telah memberikan implikasi penting terhadap teori pendidikan Islam, di samping menawarkan panduan praktikal kepada guru Pendidikan Islam (GPI) untuk melaksanakan pengajaran berkesan di bilik darjah.
File(s)
Loading...
Name
Kaedah Pengajaran Rasulullah SAW Analisis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.pdf
Size
392.53 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):31ca79504bdcc5f4d2a9c880a32fe945