Publication:
Pengurusan Agihan Zakat Pendidikan: Kajian di Zakat Pulau Pinang (ZPP)

dc.contributor.authorMohamad Zaki, M. M.en_US
dc.contributor.authorAb Rahman, A.en_US
dc.date.accessioned2024-05-29T07:38:01Z
dc.date.available2024-05-29T07:38:01Z
dc.date.issued2019
dc.description.abstractZakat merupakan satu mekanisma ibadah bagi membantu golongan yang memerlukan. Menerusi bidang pendidikan, antara isu yang dihadapi oleh golongan asnaf adalah masih ramai pelajar yang tergolong dalam kalangan fakir dan miskin. Pada masa yang sama jumlah mereka yang masih tercicir daripada menerima bantuan zakat juga tetap berlaku. Selain itu, perekodan data golongan asnaf yang kurang efisien juga menjadi antara masalah yang dihadapi dalam penyaluran bantuan. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendefinisian asnaf yang layak untuk menerima zakat pendidikan serta bentuk-betuk bantuan yang ditawarkan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) selaku institusi zakat dalam mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf setiap tahun. Kajian ini turut membincangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh ZPP dalam menjalankan kewajipan mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf secara adil dan telus. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dengan mengumpulkan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati agihan zakat pendidikan merupakan antara agihan terbesar di ZPP. Terdapat dua bentuk agihan zakat pendidikan yang dilakukan oleh ZPP iaitu agihan kepada institusi dan individu. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, ZPP telah melakukan pelbagai transformasi dan kepelbagaian dalam agihan zakat pendidikan antaranya seperti penggunaan laman sesawang, penubuhan skuad jejak asnaf dan program usahasama bersama agensi lain terutama bagi bidang yang diperlukan oleh umat Islam seperti kejuruteraan dan perakaunan. Penambahbaikan dalam sistem agihan ini adalah penting bagi memastikan peranan zakat pendidikan tercapai selari dengan objektif pensyariatan zakat kepada umat Islam.
dc.identifier.epage184
dc.identifier.issn2232-1047
dc.identifier.issue2
dc.identifier.spage141
dc.identifier.urihttp://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/279
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13616
dc.identifier.volume17
dc.languageMalay
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJournal of Fatwa Management and Research
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectPengurusanen_US
dc.subjectagihanen_US
dc.subjectzakat pendidikanen_US
dc.subjectZakat Pulau Pinangen_US
dc.titlePengurusan Agihan Zakat Pendidikan: Kajian di Zakat Pulau Pinang (ZPP)en_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pengurusan Agihan Zakat Pendidikan Kajian di Zakat Pulau Pinang (ZPP).pdf
Size:
1.21 MB
Format:
Adobe Portable Document Format