Options
Faktor Motivasi Teori Dua Faktor Herzberg dan Tahap Motivasi Guru Pendidikan Islam
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2020-11
Author(s)
Alia Yashak
Mohamad Syafiq Ya Shak
Mohd Haniff Mohd Tahir
Dianna Suzieanna Mohamad Shah
Mohd Faisal Mohamed
DOI
10.33102/sainsinsani.vol5no2.192
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi dan faktor intrinsik yang mempengaruhi motivasi Guru Pendidikan Islam sekolah menengah. Menggunakan dimensi-dimensi faktor ‘Motivasi’ daripada Teori Dua Faktor Herzberg (Herzberg, 1959) seperti ‘Kerja itu sendiri’, ‘Pengiktirafan’, dan ‘Peluang memajukan diri’, kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan 173 responden. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diubahsuai daripada The Teacher’s Motivation and Job Satisfaction Survey (Mertler, 2001). Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi guru Pendidikan Islam sekolah menengah berada pada tahap tinggi (min = 4.40). Analisis menunjukkan skor faktor ‘Motivasi’ berada pada tahap yang tinggi dan dimensi dominan ialah kerja itu sendiri, peluang memajukan diri, dan pengiktirafan. Terdapat hubungan yang sederhana antara tahap motivasi guru Pendidikan Islam sekolah menengah dengan faktor ‘Motivasi’ (r = 0.541). Analisis lanjut mendapati bahawa ‘Kerja itu sendiri’, ‘Pengiktirafan’, dan ‘Peluang memajukan diri’ mempengaruhi secara signifikan terhadap tahap motivasi guru Pendidikan Islam sekolah menengah. Kajian ini dilihat memberi implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya bahagian latihan, sistem pengurusan sekolah, pemimpin sekolah dan guru khususnya guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan tahap motivasi dan profesionalisme guru Pendidikan Islam.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Faktor Motivasi Teori Dua Faktor Herzberg dan Tahap Motivasi Guru Pendidikan Islam.pdf
Size
311.69 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):4a5db2d1499f438e56149ded9ce91855