Publication: Wakaf Perumahan dalam Pembangunan Ekonomi: Pelaksanaannya Menurut Maqasid Syariah
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Wakaf merupakan salah satu medium kebajikan yang unik dan luas. Tidak hanya tertumpu kepada pembangunan kerohanian, wakaf juga meliputi sebarang bentuk kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat, apatah lagi yang dapat memberi penyelesaian kepada permasalahan rakyat, seperti isu perumahan. Artikel ini akan membincangkan bagaimana wakaf berfungsi dalam memenuhi keperluan perumahan dalam pembangunan ekonomi dan pelaksanaannya menurut Maqasid Syariah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Sumber pengumpulan data daripada artikel jurnal dan dokumen berkaitan wakaf dan perumahan di Malaysia dan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati penyediaan perumahan menerusi bantuan wakaf dapat membantu menyediakan ruang tempat tinggal yang lebih selesa kepada masyarakat dengan harga lebih mampu milik berbanding harga pasaran. Namun, perundangan berhubung wakaf perumahan perlu dibangunkan agar hak pengguna, pemaju, penyedia pembiayaan kewangan, pemegang amanah serta pewakaf dapat dipelihara dengan sewajarnya.
Description
Journal of Fatwa Management and Research Volume 16 No.2 Page (31-42)
Keywords
Wakaf, Wakaf Perumahan, Maqasid Wakaf, Ekonomi Wakaf
Citation
Mohamad Suhaimi, F., & Ab Rahman, A. (2019). Wakaf Perumahan dalam Pembangunan Ekonomi: Pelaksanaannya Menurut Maqasid Syariah: Waqf Housing in Economic Development: its Implementation from Maqasid Shariah Perspective. Journal of Fatwa Management and Research, 16(2), 31–42. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol16no2.3