Options
Metodologi Sarjana Hadith Dalam Berinteraksi Dengan Hadith Fitan
Date Issued
2023
Author(s)
Ali Abdul Jalil
Umar Muhammad Noor
Abstract
Masyarakat pada hari ini mula berbicara mengenai hadith-hadith fitnah akhir zaman. Hal ini jelas dapat dilihat apabila masyarakat mula mengaitkan fenomena covid-19 dengan peristiwa akhir zaman. Contohnya, sebahagian orang mengaitkan penjarakan saf dalam solat dan pemberian vaksin dengan situasi akhir zaman. Sebahagian pengkaji pula membahaskan perihal wabak covid-19 ini sebagai salah satu rangkaian perjalanan spiritual manusia pada akhir zaman. Pengabaian kepada metodologi yang tepat dalam membicarakan hal ini melahirkan pandangan-pandangan yang keliru terutamanya apabila mengulas isi kandungan hadith. Tambahan pula, hadith-hadith palsu dan lemah sering disertakan dalam perbincangan yang berkaitan dengan akidah ini. Tidak kurang juga hadith-hadith berkaitan akhir zaman ini banyak bercampur dengan riwayat-riwayat isrā’īlīyyāt. Penulisan artikel ini dijalan dengan menggunakan metode kualitatif melalui kaedah analisis kandungan yang terdapat dalam penulisan-penulisan sarjana hadith supaya sampai kepada kesimpulan metodologi mereka dalam berinteraksi dengan hadith fitan. Maka dengan itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para sarjana hadith telah membahaskan secara panjang lebar mengenai metodologi-metodologi mereka dalam berinteraksi dengan hadith fitan dan pengabaian terhadap metodologi ini telah menghasilkan pandangan-pandangan yang tidak tepat dari kalangan pengkaji.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Metodologi Sarjana Hadith Dalam Berinteraksi Dengan Hadith Fitan.pdf
Size
422.84 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1a0516159fa1067d1383ab631b39ec7a