Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Others
  4. Konvensyen Kearifan Nusantara (ARIF)
  5. 2021 ARIF
  6. Mata Pelajaran Sirah Rasul di Sekolah Rendah Islam (Sri) Ikram Musleh: Satu Tinjauan Keberkesanannya di Negeri Sembilan
 
  • Details
Options

Mata Pelajaran Sirah Rasul di Sekolah Rendah Islam (Sri) Ikram Musleh: Satu Tinjauan Keberkesanannya di Negeri Sembilan

Date Issued
2021-08-17
Author(s)
Nidzamuddin Zakaria 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Amran Abdul Halim 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Syed Najihuddin Syed Hassan 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abdulloh Salaeh 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh tauladan yang terbaik bagi umat Islam. Oleh itu, sebagai seorang muslim mestilah mengetahui tentang kisah hidup Nabi Muhammad S.A.W untuk dijadikan ikutan dan teladan. Di Malaysia, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan mata pelajaran Sirah sebagai mata pelajaran wajib bagi sukatan pembelajaran pelajar bermula dari sekolah rendah. Hasil dari ketetapan yang telah ditetapkan oleh kementerian, para pelajar dapat mempelajari tentang sirah Nabi Muhammad S.A.W sejak dibangku sekolah lagi. Kajian ini dilakukan mensasarkan beberapa objektif utama; iaitu analisa minat murid terhadap mata pelajaran Sirah Rasul dan meninjau tahap pengetahuan tentang nasab keturunan dan Ahli Bait Nabi Muhammad S.A.W serta mengukur tahap keberkesanan Sirah Rasul melalui penghayatan murid-murid mengaplikasikan apa yang dipelajari mereka dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen dan edaran borang soal selidik di samping menemubual sejumlah tertentu responden bagi mendapatkan data. Sesi temubual dijalankan terhadap beberapa orang responden yang terdiri daripada beberapa orang pegawai Pendidikan IKRAM Musleh dan sebilangan guru mata pelajaran Sirah SRI IKRAM Musleh. Hasil kajian ini mendapati bahawa 60% daripada guru-guru mata pelajaran Sirah Rasul mendapat respon yang baik murid-murid mereka terhadap mata pelajaran Sirah Rasul bahkan 40% guru-guru berbaki mendapati murid-murid mereka amat berminat dengan mata pelajaran tersebut. Dalam aspek pengetahuan tentang keluarga Rasulullah S.A.W pula, sebanyak 88% daripda mereka mengenali isteri-isteri Nabi dan 83% daripada mereka mengenali anak-anak Baginda S.A W. Namun begitu, hanya 55.8% daripada memberikan jawapan betul mengenai Nasab Nabi S.A.W. Kajian ini juga mendapati kebanggaan murid-murid selaku Umat Nabi Muhammad S.A.W diwakili sejumlah 96.6% manakala 93.6% daripada mereka gembira dengan peristiwa sambutan Maulidur Rasul. Kajian ini juga mendapati sejumlah 75.9% murid-murid berjaya menghayati Sirah Rasul dalam kehidupan mereka dan 91.7% daripada mereka berjaya memberi respon yang baik terhadap soalan tentang akhlak Nabi S.A.W. Ini menunjukkan kesan amat positif kurikulum Mata Pelajaran Sirah Rasul terhadap murid-murid SRI di negeri Sembilan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kurikulum mata pelajaran tersebut, tidak terlepas daripada kekurangan dan kesalahan-kesalahan tertentu melibatkan buku teks dari tahun satu sehinggalah tahun enam. Walaubagaimanapun, kajian ini membuktikan bahawa mata pelajaran Sirah sewajarnya diteruskan di SRI Negeri Sembilan dan kurikulumnya pula harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjamin objektif-objektif IKRAM Musleh dapat tercapai dengan cemerlang pada masa akan datang.
Subjects

Nabi Muhammad S.A.W, ...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Mata Pelajaran Sirah Rasul di Sekolah Rendah Islam (Sri) Ikram Musleh_ Satu Tinjauan Keberkesanannya di Negeri Sembilan.pdf

Size

732.89 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):4fcf36e69a17db052bef2ed9cbd951f7

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia