Publication: Masalah Spiritual Remaja Berisiko Dari Sudut Pandang Psikospiritual Islam
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Tinta Artikulasi Membina Ummah
Abstract
Golongan remaja merupakan aset penting bagi kemajuan dan kelestarian sesebuah masyarakat
dan negara. Namun terdapat segelintir remaja yang melakukan perbuatan yang melanggar
undang-undang, peraturan atau norma masyarakat bermula daripada kesalahan ringan seperti
ponteng sekolah, merokok, buli dan sebagainya yang akhirnya mendatangkan kemudaratan
kepada komuniti dan persekitaran. Golongan ini disebut sebagai remaja berisiko dan sekiranya
tidak dibendung, perkara ini akan menjadi suatu kebiasaan dan akhirnya akan mencetuskan
jenayah yang lebih berat seperti merompak, penyalahgunaan dadah, seks bebas, pornografi dan
sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi remaja
sehingga mereka terjebak dengan anasir luar yang akhirnya menjajah pemikiran dan tindakan
mereka. Pemikiran dan tindakan seseorang dipengaruhi oleh spiritualnya yang disebut juga
sebagai jiwa. Spiritual yang solid dengan ilmu pengetahuan dan amal soleh mampu menjadi
benteng kuat dan menghalang seseorang remaja daripada terjebak dengan perkara yang tidak
baik bahkan dapat mendorongnya melahirkan tingkah laku yang positif. Begitu juga sebaliknya, tindakan dan perlakuan yang bermasalah tercetus di kalangan remaja berisiko
adalah kerana spiritualnya yang bermasalah. Justeru itu, artikel ini akan mengenalpasti masalah
spiritual remaja berisiko dari perspektif psikospiritual Islam. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif melalui penelitian terhadap tinjauan litetaratur atau kajian kepustakaan terhadap
kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati bahawa dari sudut pandang psikospiritual Islam,
terdapat beberapa masalah spiritual remaja berisiko seperti al-halu’ (keluh kesah), hubbu aldunya (cinta dunia), hasad dan sebagainya.
Description
Tinta Artikulasi Membina Ummah Volume 9 No.2 Page (1-13)
Keywords
masalah spiritual, psikospiritual, remaja berisiko
Citation
Mohd Akib, M. M., Md Yahya, N. S., Ishak, H., Mohammed Zabidi, A. F., Sa’ari, C. Z., Syed Muhsin, S. B., & Ellias, M. S. (2023). Masalah Spiritual Remaja Berisiko Dari Sudut Pandang Psikospiritual Islam. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 9(2), 1–13. http://www.journaltamu.com/wp-content/uploads/2023/12/TAMU-Vol-92-December-2023-1-13-2.pdf