Options
Cabaran Mualaf dalam Membina Kehidupan Baharu: Satu Kajian Kes di Mukah, Sarawak, Malaysia
Date Issued
2022
Author(s)
Nor Arfah Mohd. Mazlan
Abstract
Kita biasa mendengar tentang pelbagai isu berkaitan dengan dakwah yang dijalankan oleh pelbagai pihak di negara ini. Antara yang biasa ditonjolkan ialah tentang kejayaan mereka mengislamkan masyarakat yang bukan Islam. Tidak ramai yang mengetahui bahawa bukan mudah bagi golongan mualaf untuk mengubah cara hidup mereka yang terdahulu dengan cara hidup Islam. Kertas ini akan membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf dalam membina kehidupan baharu selepas mereka memeluk Islam. Antara lain, kertas ini akan menyentuh tentang faktor yang menjadi pendorong kepada golongan mualaf untuk memeluk agama Islam; cabaran yang mereka hadapi sebelum memeluk Islam; cabaran selepas memeluk agama Islam; dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Tulisan ini akan tertumpu kepada golongan mualaf di Mukah, Sarawak. Tulisan ini menggunakan dapatan kajian kualitatif yang diperoleh dari bahan perpustakaan seperti jurnal, buku, laman web dan sesi temu bual dalam kalangan mualaf dari Mukah. Tulisan ini menyimpulkan bahawa golongan mualaf lebih banyak menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan sendiri berbanding bantuan orang luar. Tulisan ini turut mencadangkan agar anggota masyarakat, NGO, dan agensi kerajaan berkaitan untuk menyediakan bantuan kepada golongan mualaf untuk membina hidup baharu selepas memeluk Islam.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Cabaran Mualaf dalam Membina Kehidupan Baharu_Satu Kajian Kes di Mukah, Sarawak, Malaysia.pdf
Size
301.09 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d97581706d52d436d00e30f1a56aa103