Options
Analisis Tematik Fatwa Kontemporari Semasa Pandemik Covid-19
ISSN
2289-4799
Date Issued
2024
Author(s)
Muaz Muhammad Arif
Mohammad Naqib Hamdan
Muhammad Dhiauddin Ahmad Termizi
Mohd Fadzil Jamal
Mohammad Dzarul Hafiz Dol Malek
DOI
10.33102/uij.vol36no03.609
Abstract
Wabak penyakit bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah manusia. Ia dicatatkan sejak sebelum masihi sehingga kini dan akan terus berlaku pada masa akan datang. Penularan COVID-19 dan pengisytiharannya sebagai pandemik pada 11 Mac 2020 telah menyebabkan pelbagai masalah dan menuntut perubahan dalam kehidupan manusia secara umum dan amalan beragama secara khusus. Perubahan pelaksanaan aktiviti keagamaan memerlukan para mufti mengeluarkan pandangan dan fatwa-fatwa baharu untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat terutamanya berkaitan ibadah, seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak pemerintah. Fatwa-fatwa yang berbeza daripada amalan kebiasaan ini telah menimbulkan salah faham dalam kalangan asatizah dan masyarakat sehingga wujudnya golongan yang tidak bersetuju dengan fatwa dan SOP yang dikeluarkan, sekali gus memberi kesan buruk kepada penularan wabak COVID-19 dan meningkatkan kes jangkitan. Justeru, kajian ini menganalisis fatwa-fatwa kontemporari semasa COVID-19 sebagai rujukan kepada asatizah dan masyarakat untuk memahami isu dan masalahyang menyelubungimasyarakat ketika berlakunya wabak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif denganmengumpulkan fatwa-fatwa dari pelbagai negaradanmenganalisis secara tematikfatwa-fatwatersebut. Hasil kajian ini menunjukkan permasalahan utama masyarakat ketika COVID-19 berlaku adalah melibatkan urusan ibadah, selain daripada isu-isu lain yang melibatkan urusan mu'amalat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Analisis Tematik Fatwa Kontemporari Semasa Pandemik Covid-19.pdf
Size
609.47 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):5c795804ced7394b9c706cfb43a9b2e7