Options
Hubungan Antara Motivasi Dan Persepsi Terhadap Latihan Mengajar Oleh Guru Pelatih
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2021-12
Author(s)
Fazlinda Ab Halim
Arabiah Ain Ali
Wan Hanim Nadrah Wan Muda
DOI
10.33102/sainsinsani.vol6no2.316
Abstract
Motivasi guru memainkan peranan yang penting sebagai persediaan menjadi guru sebelum melangkah ke dunia realiti sebagai seorang pendidik. Tiga aspek yang disentuh berkaitan motivasi guru pelatih iaitu intrinsik, altruistik dan ekstrinsik. Manakala persepsi guru pelatih dilihat menerusi perspektif pengalaman, pengetahuan dan pembelajaran sepanjang menjalani latihan mengajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap motivasi guru pelatih dan persepsi guru pelatih terhadap latihan mengajar setelah menjalani latihan mengajar serta hubungan antara pembolehubah tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 80 orang pelajar terlibat sebagai responden merupakan pelajar Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) yang mempunyai pengalaman dalam latihan mengajar. Instrumen kajian berbentuk soal selidik digunakan dalam mengumpul data. Data kajian dianalisa secara deskriptif dan inferensi menggunakan skor min, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih mempunyai tahap motivasi yang tinggi sewaktu menjalani Latihan Mengajar. Persepsi guru pelatih terhadap latihan mengajar pula menunjukkan nilai min yang tinggi. Terdapat hubungan yang positif yang kuat antara motivasi dengan persepsi guru pelatih setelah selesai menjalani latihan mengajar. Persepsi guru pelatih terhadap latihan mengajar sedikit sebanyak mempengaruhi tahap motivasi guru-guru tersebut. Kepentingan menjaga momentum motivasi adalah penting agar sesi latihan mengajar tersebut dapat berjalan lancar dan guru pelatih terus kekal positif untuk menjalani latihan mengajar.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Hubungan Antara Motivasi Dan Persepsi Terhadap Latihan Mengajar Oleh Guru Pelatih.pdf
Size
254.02 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f11926b2db8db40ca8920a0c0e481c0e