Options
Pengaplikasian Ddr Dalam Penyelidikan Sains Sosial Di Malaysia
Date Issued
2022-12
Author(s)
Nur Izzati Nadia Mohd Dzolkifli
Abstract
Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) iaIah satu kaedah penyelidikan yang melibatkan kajian pembangunan produk atau alat melalui kaedah yang sistematik dan berstrategi kerana mengambil kira permasalahan yang berlaku, mereka bentuk dan membangunkan model, akhirnya menjalankan penilaian ke atas model yang dibentuk. Justeru, satu tinjauan awal dilaksanakan untuk melihat sejauh mana pengaplikasian kaedah DDR dalam penyelidikanpenyelidikan sains sosial di Malaysia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan kaedah analisis kandungan artikel-artikel jurnal kajian lepas lima tahun terkini yang melibatkan kaedah DDR dalam penyelidikan mereka. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah DDR ini telah mula mendapat tempat dalam bidang penyelidikan sains sosial di Malaysia dan semakin popular terutamanya dalam penyelidikan yang berfokus kepada pendidikan. Selain itu, DDR juga turut diaplikasikan dalam beberapa penyelidikan kaunseling, ekonomi, komunikasi dan sosiologi. Justeru, diakui bahawa kaedah penyelidikan DDR semakin popular dalam bidang sains sosial dan berupaya menghasilkan sebuah model yang lebih empirikal dan praktikal untuk diaplikasikan kepada kumpulan sasarnya
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pengaplikasian Ddr Dalam Penyelidikan Sains Sosial Di Malaysia.pdf
Size
251.62 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b810bd9cba734d8d224e3dc7b0b3c5c6