Publication: Kerangka Konsep Modul Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Teknologi
Loading...
Date
2021-12
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab telah berkembang pesat dan mengalami perubahan yang positif dalam dunia pendidikan di Malaysia. Melihat kepada era Pendidikan 4.0, kandungan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia perlu bersesuaian dengan keperluan global. Antara yang mendapat perhatian umum adalah bahasa Arab untuk tujuan khusus. Bahasa Arab untuk tujuan khusus telah memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang tertentu untuk mempelajari bahasa Arab. Bidang yang bersifat global seperti ekonomi, pelancongan, muamalat, perubatan dan sebagainya telah diberi perhatian. Bidang teknologi adalah antara bidang baharu yang perlu diberi perhatian dalam pendidikan Bahasa Arab di Malaysia agar ia tidak bersifat ragid dan statik dengan hanya memberi fokus kepada tajuk-tajuk seperti al-Nahw dan al-Balagah sahaja.. Secara ringkasnya, kajian ini akan dibina berdasarkan pendekatan model instruksi ADDIE yang melalui lima fasa utama iaitu, analisis keperluan modul, reka bentuk modul, pembangunan modul, perlaksanaan modul dan kebolehgunaan modul. Oleh itu kajian ini mencadangkan satu modul pengajaran bahasa Arab untuk tujuan Teknologi bagi kegunaan Universiti di Malaysia.
Description
Vol. 6 No. 3 (2021): Special Issue
Keywords
bahasa Arab, tujuan teknologi, modul pengajaran, ADDIE.
Citation
Muhammad, M. F., Ramli, S. B. ., Abdul Ghani, M. T. ., Mohamad, A. N. ., & Mohd Fauzi, M. S. N. . (2021). Kerangka Konsep Modul Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Teknologi : Conceptual Framework of Arabic Language Teaching Modules for Technological Purposes. Sains Insani, 6(3). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no3.190