Options
Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah Dalam Menghadapi Covid 19
Date Issued
2020-10-27
Author(s)
Mohd Izzuddin Mohd Noor
Fatimah Nadirah Mohd Noor
Farrah Yazmin Aziz
Badriah Nordin
Abstract
Covid 19 yang melanda dunia pada hari ini telah banyak mengubah norma kehidupan manusia. Pihak kerajaan telah merangka dan mengeluarkan Standard Operating Procedure (SOP) serta memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) beberapa peringkat dan situasi. Ini merupakan bukti serius daripada kerajaan dalam usaha menangani penularan wabak yang berbahaya sebegini. Selain daripada itu, Qawaid Fiqhiyyah boleh menjadi instrumen panduan dalam menghadapi pandemik ini. Maka objektif kajian ini ialah untuk melihat pengaplikasian Qawaid Fiqhiyyah dalam mendepani pandemik Covid 19 menerusi lima kaedah umumnya. Kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji menghimpunkan maklumat berkaitan aplikasi Qawaid Fiqhiyyah daripada kitab-kitab turath, kontemporari, kajian ilmiah, dan fatwa semasa dengan disesuaikan dengan situasi Covid 19 ini. Maklumat ini semua diteliti dan dianalisa bagi mendapatkan gambaran sebenarnya tentang peranan ilmu Qawaid Fiqhiyyah mendepani Covid 19. Kajian menunjukkan bahawa Qawaid Fiqhiyyah mampu digarap sebagai formula ampuh untuk penjagaan diri, masyarakat, negara dan dunia daripada ancaman virus ini.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah Dalam Menghadapi Covid 19.pdf
Size
433.01 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3d17614c11b4e885741715219ec4343f