Options
Persaingan Dalam Perniagaan: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Al-Quran Dan Sunnah
Date Issued
2022
Author(s)
Ahmad Jihaduddin Bin Ripin @ Ariffin
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Persaingan dalam perniagaan merupakan suatu perkara yang perlu ditempuhi oleh setiapmereka yang berada dalam bidang ini. Dalam menghadapi cabaran dan risiko di segenap penjuru dimensi kehidupan harian, usahawan Muslim dipandu dengan kerangka objektif menurut al-Quran dan Sunnah. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep di samping ayat al-Quran dan Sunnah yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW dalam perbahasan objektif atau maqasid berhubung persaingan dalam perniagaan. Dengan kaedah kepustakaan secara penuh, kertas ini memberi penumpuan kepada maqasidayat al-Quran dan Sunnah dalam menjelaskan prinsip yang melingkari dunia keusahawanan. Lingkaran penelitian atau tadabbur terhadap maqasid al-Quran dan Sunnah ini merangkumi tujuh elemen utama; tujuan, konsep, kelompok, hukum, nilai, bukti dan perintah. Secara ringkasnya, pengintegrasian tujuh elemen utama tersebut dapat menyajikan prinsip persaingan dalam perniagaan seiring dengan maqasid al-Quran dan Sunnah.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
PERSAINGAN DALAM PERNIAGAAN ANALISA MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-QURAN DAN SUNNAH.pdf
Size
1.18 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):faa83fc35f4f6f86b284b4aeb2f6ad64