Options
Potret Bahasa Sopan dalam Wajah Seorang Wanita: Analisis Maksim Leech (1983) Dan Strategi Asmah Omar (2000)
Date Issued
2024
Author(s)
Sara Beden
Abstract
Kesopanan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian seseorang di mata khalayak umum selain dihubung kait dengan adab dan akhlak yang mulia. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa sopan sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak dalam berkomunikasi sehingga menjejaskan air muka pihak lain. Jika disorot, setiap individu dituntut untuk berhemah dalam berkomunikasi agar berupaya mengelakkan konflik sama ada dalam komunikasi lisan mahupun penulisan. Kesantunan atau kesopanan dalam penulisan merangkumi penggunaan dan pemilihan kata, frasa dan ayat yang gramatis dalam usaha menyantuni khalayak pembaca. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bahasa sopan yang digunakan watak-watak dalam novel Wajah Seorang Wanita karya Sasterawan Negara S.Othman Kelantan (2005). Kajian ini mengaplikasikan model Prinsip Kesopanan (PS) Leech (1983) dan Strategi Kesantunan Asmah Omar (2000). Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya dengan memberikan fokus kepada analisis teks. Dapatan menunjukkan pengaplikasian kedua-dua model kesantunan ini membentuk pola kombinasi maksim + strategi, iaitu Pola kombinasi Maksim Kebijaksanaan + Persetujuan + Strategi Penjagaan Air Muka dan Pola Kombinasi Maksim Kebijaksanaan + Simpati + Strategi Kesedaran Adanya Kuasa Peranan. Kesimpulannya, pematuhan terhadap maksim dan strategi kesopanan memprojeksikan bahawa pengarang memanifestasikan daya keintelektualan yang tinggi dalam usaha memelihara budaya sopan dalam komunikasi bertulis.
File(s)
Loading...
Name
Potret Bahasa Sopan dalam Wajah Seorang Wanita Analisis Maksim Leech (1983) Dan Strategi Asmah Omar (2000).pdf
Size
336.47 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3068f44f9e8497a60b35e5c51d9f2e5b